Tidak merasa manfaat setelah mengambil
supplement dan vitamin? Mari kita check senarai semak dan pantang larang ini!
Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.
Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [
amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan
kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten
selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup
antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak
mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka
disebabkan oleh beberapa faktor :
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan
lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan
kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila
mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku
dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu
Healing crisis? Sila klik SINI.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus
pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini
meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang
suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu
kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda
mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat
secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak
terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan,
elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini
hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan
baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat
doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun
sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka
amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet
harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang
sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara
berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita
tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan
vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat
besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium?
Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E
di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh
mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang
dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax,
Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi
antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan
mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang
rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu.
Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran
pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan
sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan
kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu)
dan Vivix.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan
penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang
anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda
membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi
kebaikan vitamin yang anda beli!
No comments:
Post a Comment