Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

13 October 2011

Tips Kurus Cantik Ala Model Gitu....

Salam uolss, b2b, ex-b2b, kengkawan & silent readers....


Hari ni Fza tak de keje...So nak cari keje la... Aduh pening jugak tengok tickers yang jumlah hari untuk ITU semakin hampir ke angka 100...Banyak benda yang perlu diuruskan..Bukan senang nak kawen ni...Banyak benda kena pikir..Preparation berbulan2 tapi hari nye sehari dua jer...Untuk diri sendri & my dear tak pe..:)

Lagi bertambah pening bile pkir cmne nak kurus...hehe..Entry ni bkn Fza nak bagi tips kurus tapi nak mencari tips nk kurus... Harap2 masih sempat la nak kurus dlm masa lbh kurang 3 bln ni... Ni sume semata-mata nak kelihatan cantik di ari bahagia nti..Chewaahh!!!! Fza terasa Fza ni gemuk.. Tapi ada yang kata tak gemuk...Maybe sebab Fza ni tinggi orangnye then jenis keturunan yang rangka badan besar... Berat tulang kot... Tpi ni bukan tulang dah...Isi terlebih... Korang perasan tak Fza gemuk dah? huhu.... 
Fza rase sume b2b mesti idamkan badan yang cantik masa hari persandingan nti.. Yer la sape tak nak kelihatan cantik kan...hehee... Kepada sesiapa yang ada tips-tips yang dapat membantu , Fza amat alu-alukan nasihat/tunjuk ajar/tips berguna utk org yang mcm Fza nih.... hehe...thanks yer sume...sayang sume!!! 

p.s: Otak tengah ting tong... So jgn kate pape yer... :D

10 October 2011

Tips Peperiksaan Undang2 Kerajaan

Salam korang sume... Hari ni nak kasi tips skit untuk semua calon Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan pada esok hari. Tips ini khas jugak untuk diri sendiri sebab sok Fza pun nak amik exam nih.. Cuak,takut, risau sume perasaan ada la.. hehe Doakan Fza berjaya yer kawan2... :)

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.


Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

1. Fahami isi kandungan buku undang-undang terbitan kerajaan seperti Arahan Keselamatan, PKPA dan Arahan Pentadbiran. Sekiranya ditanya soalan berkaitan cuti contohnya, anda seharusnya tahu bab mana yang perlu dirujuk.

2. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan subjektif dalam masa 3 jam.

3. Paling penting pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Tulisan calon turut memberi kesan terhadap pemberian markah.

4. Disebabkan peperiksaan ini dilakukan secara “open book“, maka pastikan anda membawa ketiga-tiga buku undang-undang seperti yang telah dinyatakan. Tiada siapa yang akan meminjamkan kepada anda buku tersebut sekiranya anda lupa untuk membawanya pada hari peperiksaan.

5. Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu. :D

6. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……

7. Disebabkan masa yang agak terhad untuk menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam, maka sebolehnya anda menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan cuba elakkan daripada pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.

8. Bertawakallah selepas selesai menjawab, semoga anda kite berjaya! :D 

Credit to: Mohd Hafez