Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

Showing posts with label After Married. Show all posts
Showing posts with label After Married. Show all posts

06 August 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum & Salam Lebaran... 

Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin.. Raya kali ni tiada yang lebih happy apabila tengok si kecikku bermain riang, walaupun kadang kala dia suka berebut barang orang dan merengek-rengek..bagiku itu perkara biasa bagi budak kecik sebesar Arissa yang masih dalam proses nak membesar... Hatiku gembira tak terkata kerana sepanjang bercuti seminggu sempena Hari Raya ni Arissa dah mula minum susu guna botol..Alhamdulillah, berkat kesabaranku Allah makbul jua doaku.. yang penting usaha tanpa kenal erti jemu.. Menyusu ni hak anak jadi mama tidak menggunakan cara/petua orang seperti letak asam jawa, kopi dan sebagainya..Sebab mama yakin yang satu hari nanti Arissa akan berhenti menyusu sendiri.. Walaupun Arissa masih menyusu tapi tidak lah sekerap dahulu.. Dalam hatiku, sedih..sayu.. tapi apakan daya demi si kecik di dalam perutku ni..Sedar tak sedar dah menjangkau 6 bulan..Cepat masa berlalu.. Arissa seolah-olah paham yang dia akan jadi kakak satu hari nanti. sudah terserlah sifat penyayang dalam dirinya.. Mama doakan semoga anak-anak mama sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Allah... Dan mama juga berharap agar diberi peluang sekali lagi untuk menyusu bakal adik Arissa sehingga umur 2 tahun..InshaAllah..

Semalam mama ajak papa pergi skodeng adik Arissa.. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah... Macam tak percaya ni kali ke 2 perut rasa berombak, ada insan lain dalam perutku yg ku bawa ke sana ke sini.. Alhamdulillah..syukur ya Allah atas rezeki dan nikmatmu ini.. sesungguhnya aku sangat2 bersyukur.. Dari semalam sesudah kuar dari blik doktor, aku rsa nak sengih jer sampai telinga..tapi aku cuba cover jugak.. tetap tak boleh..masih rasa nak senyum memanjang..sampai ada akak kat kerusi menunggu pun hairan tengok aku sengih jer.. Semoga anak mama sihat hendakNya, ckup sifat dan sempurna, menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan soleh. Mama doakan agar kandungan kali ni tiada masalah,tiada gangguan sihir/hasad dengki, dan Allah izinkan mama untuk melahirkan adik secara normal dan sihat.. 

Baru2 ni aku diuji dengan sakit pada malam raya sehinggalah hari kedua raya... Sakit yang Allah saja taw mcamana rsanya sehingga nak baring , nak duduk semua tak boleh... aku hanya boleh dok keadaan bersujud..tu pun masih sakit at least boleh tahan sakit lagi..sakit ni sungguh pelik kurasa.. lain dari yang lain...selesai takbir dilaungkan di masjid-masjid sakit mula datang.. pedih ulu hati sehingga sesak nafas beserta dengan sakit perut menucuk-nucuk.perut kembung seperti tong drum.. jasa suami dan ibu mertuaku maa yang tak dapatku nak balas..ditengah2 malam tido maa terganggu disebabkan  maa urutku agar reda sikit kesakitan.. tapi angin langsung tak kuar sedangkan aku rsa perutku macam nak meletup dah..maa pun pelik knapa..sedangkan kalau mengurut orang mesti akan kuar jugak angin tu at least sikit..semalaman aku tak dapat tido..suami ajak pegi hospital tapi aku tak nak sebab aku tak nak susahkan orang dan paling penting aku tak nak spoilkan mood raya orang2 lain... entah laahh... petang raya tu kitorang ada singgah kat pantai..kalo tak salah nama pantai tu teluk ketapang.. masa kat situ aku dah niat, Ya Allah jika penyakit ni datang dengan cara tak baik(sihir) ku mohon agar penyakit ni ditinggalkan bersama-sama arus ombak.. seharian aku tahan kesakitan ..ku gagahi jua pergi beraya rumah sedara suami.. Alhamdulillah berkat doa Allah makbulkan jua, malam tu sakit tu dah beransur pergi.. hari raya kdua masih tinggal sisa-sisa jer... petang tu aku dah mula sihat seperti sediakala..

Rayaku tahun ni agak suram, maybe sebab berjauhan dengan family.. lagi plak hatiku agak sensitif sekarang ni..maybe sebab aku pregnant ke or memang aku sensitif orangnya..banyak benda yang aku tak sepatutnya terasa tapi aku terasa.tu kata2 husbandku.. aku akui maybe ada jgak bnda yg aku terlalu amik port sedangkan aku tak perlu pun amik serius.. hopefully lepas ni aku boleh la jadi seperti suamiku, langsung tak hirau apa orang nak kata.. asalkan kita sedar sape kita.. benda yang tak de kena mengena boleh ignore..dan benda yg kecik pnya hal kita boleh masuk telinga kanan & keluar telinga kiri.. cumanya aku hrap sangat orang-orang disekelilingku tidak lah menegur benda yang tak sepatutnya, tak perlu la nak amik taw hal aku, tak perlu juga mencanang cerita-cerita aku sbabnya aku bukanlah retis yang hot.. blog ni tempat aku meluah rasa yg pada dasarnya hanya aku sorang jer boleh baca.. tujuan hanya untuk meredakan segala rasa marah, tidak puas hati dan seangkatan dengannya... akhir kata, yang buruk datang dari aku sendiri dan yang baik datang dari Allah s.w.t. 





sayang mama, Arissa Safiya...


kesayanganku... love both of u.. 


31 July 2013

Blebe di pagi Rabu...

Assalamualaikum semua..

Selamat berpuasa...Sedar tak sedar hari ni dah 22 Ramadhan 1434.. Cepat sungguh masa berlalu..tinggal lagi 8 hari jer Syawal akan tiba.. Jadi di akhir-akhir bulan mulia ni marilah kita sama2 mempertingkatkan amal ibadat kepada Allah S.W.T...

Post kali ini, Fza nak kongsi pasal Shaklee...Rasanya ramai yang dah taw kan pasal Shaklee ni..So tak perlu la Fza nak bercerita panjang pasal ni.. Fza cuma nak sharing kisah ni yg berlaku ke atas diriku ini..huhu... Actually Fza Exclusively Breastfeed (BF) my baby..So sebagai usaha dan ikhtiar yg terbaik utk anakku, Fza amik vitamin Shaklee…yakni supplement.. Pada mulanya Fza terjebak dengan Shaklee ni masa preggy..Masa tu HB Low..So try search kat Google ramai yg kata Shaklee adalah supplement yg dapat bantu naikkan HB. Sebelum Fza tekad nak amik Shaklee, Fza dah cuba makan mangikut pemakanan yg dicadangkan oleh nurse/doktor KK suh makan tempe, ikan bilis, kacang dan macam2 lagi la untuk naikkan HB... Unlucky HB Fza tetap low.. Sebab tu la Fza tekad nak cuba vitamin Shaklee ni..Tak salahkan kita mencuba... Start dari tu la Fza konsisten amik vitamin ni sampai la sekarang.. Tapi tak sangka plak ada yang mempersoalkan kenapa Fza amik Shaklee nih... Macam2 Fza dengar orang2 itu bercerita pasal ni.. Di depan pun ada sindir2..dibelakang wallahhualam laa... Tapi xpe Fza dh lama maafkan org2 itu...

Untuk pengetahuan pada yg sering mempersoalkan kenapa Fza amik Shaklee, ini jawapannya… Fza bukanlah seorang yg suka makan sayur, makan buah-buahan , mkn benda2 yang berkhasiat tiap hari.. pemakananku tiap hari ikut suka  ja nk mkn apa… Tapi benda yang berkafein, berangin dan sejuk Fza masih lagi berpantang.. Disebabkan Fza BF my princess Arissa , kalo Fza tak makan benda berkhasiat ni macamana anakku nak dapat nutrien yg cukup..so sebagai langkah ikhtiar, Fza amik la Shaklee… sbab nya vitamin semulajadi…so tak jadi masalah kan.. Kenapa nak mempertikaikan?? Itu satu hal... Kemudian ada yang bertanya ( tak taw la bertanya ke perli, tapi Fza anggap bertanya jelah walaupun cara dan nada seperti memerli) Shaklee ni halal ke tak?? Hello.. Kalo benda tak halal xkan kot Fza nak makan, tak kan kot org nak jual..dah byk tahun dah pun Shaklee kat Malaysia ni , nape tanya soalan nonsense camtuh? Kemudian ada plak yang kata Shaklee ni penyebab Fza naik bdan yg banyak masa preggy... Sebelum preggy berat Fza mmg dah 60++ last before bersalin 81kg... haaa mmg la gemuk nama pun preggy.. Skrang after bersalin berat tgl 50++ je..Tak de plak orang nak bercakap/tegur kan...Sentap!! 

Sekarang ni puji plak sebab makan Shaklee susu badan jadi banyak boleh menyusu anak..Alhamdulillah susu tu ada..cukup la utk BF Arissa.. Shaklee tu sbgai supplement.. Yang penting dgn izin Allah, niat, tekad dan usaha untuk susukan anak... Syukur sangat atas kurniaan Allah S.W.T... Next entry Fza kongsi pengalaman/cabaran menyusukan anak plak...Bagi Arissa cukup 6 bulan dulu.. Ahad ni 4hb genapla Arissa 6 bulan.. Alhamdulillah...

SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR BATIN...

P.S : Entry ni hanya luahan hatiku.sebab dah lama sangat terbuku dalam hati ni... heheeheh...

22 May 2013

Pengalaman berpantang untuk ibu bersalin secara pembedahan - czer

Assalamualaikum semua.. 

Camne korang sihat ker? Alhamdulillah Fiza & baby sihat.. Hari ni bosan sangat2 kat opis ni..Tak tau nak buat apa.. Minggu ni dah 3 minggu fiza masuk keje setelah bercuti selama 3 bulan.. Sejujurnya fiza tak de keje langsung since 1st day masuk keje.. Haa heaven kan..so cmne la orang tak nak sangat masuk keje kt PDRM ni.Walhal tak de la busy setiap masa..Ada masa2 dia saja..Lagipun bos kata nak rehat lepas busy dengan PRU13 yang lepas.. So Fiza pn tumpang sekaki rehat.. hehe.. sistem pun semua dah siap..Tinggal maintain sistem sedia ada je.. Mujur la kan kalo tak setiap masa je ada je orang mohon suh bangunkan sistem baru.. Eh melalut plak.. okey meh fiza share cara berpantang selepas bersalin secara czer..

Actually Fiza berpantang secara moden.. Means no jamu no pilis no tunku bagai..Sebab tak tunku tu of cos la sebab czer kan.. Awal2 ni tak leh nak czer lagi..dah byak bulan boleh la kan.. Tapi ada je org buat cumanya fiza tak berani nak amik risiko.. Sepanjang berpantang fiza amik set bersalin shaklee.. Nape fiza pilih Shaklee utk berpantang? salah satu sebab shaklee ni vitamin semulajadi..Lagipun lebih SELAMAT dan UNIK.. alhamdulillah lpas cnsume shaklee ni susu meriah..cukup la utk breastfeed Arissa dan buat stok EBM untuk dia... Terima kasih ya Allah..

Masa berpantang fiza hanya minum 1/3 air dari gelas..sikit sangat tapi boleh kerap kali la... mak kata kalo minum air byak nti rahim kembang.. Air pulak just minum milo panas or suam.. cicah dengan biskut kering.. Kadang kak ana yg jaga fiza masa berpantang ada buatkan lempeng kosong..Bahan lempeng tu tepung gandum, air dan gula sahaja.. disebabkan lapar so makan jugak la..hehe Untuk makan tengahari pulak 3mgu awal makan nasi putih sikit je + ikan haruan masak air(bawang merah,putih,halia,knyit) + sayur sawi.. itu je tiap2 hari.. dah lama sikit mak masak ikan tenggiri bakar or goreng.. kemudian makan ayam... sikit2 makan..bukannya ape kalo makan awal ayam takut gatal plak kat luka kan.. Masa kak ana yg jga fiza dia ada masakkan ikan masak kuning.. xtaw la masak ape tapi sedap ok.. Dah lepas tempoh berpantang baru fza try makan kari, sambal bagai.. Tapi utk first try tu just dlm kuantiti yg sedikit.. kalo xde rse sakit next boleh la lebihkan kuantiti makan.. macam tu la mak suh buat utk tidak memudaratkan kita.. buah pulak fiza just makan oren sunquick.. kebetulan masa tu raya cina byak laa limau mandarin ka tpi mak xkasi makan limau mandarin..hnya oren sunquick ja blh.. smp skrg fza hnya mkn buah tuh..buah lain xtry lgi..hehe

Masa berpantang fiza berurut setiap hari kecuali jumaat dan sabtu sebab kak ana yg jga fiza balik umah msa tuh.. ahad baru dia dtg semula.. fiza tak bertunku sebab nya czer.. amik masa baru blh bertunku bagai..tpi fza ada pakai belt yg mil bagi..best belt tuh rse pnas jer..ada infrared kot.. tpi skrg jarang2 pakai..time rjin pakai la..hehe.. mungkin sebab fiza fully breastfeed baby tu perut cpt turun kot even tak bertunku.. tapi skrg macam buncit balik jer... minum air byak kot..hehe pahtu stokin kaki mmg tak tinggal..pakai setiap hari dan setiap masa.. sebab sejuk..hehe ngada plak yer..itu je laa kot.. ok la dah tak de idea..ngantok pulakk... jumpa next entry plak ..tak taw bila tahun nk update plak..hihi.. bye uolss..


10 May 2013

~ Kronologi bersalin puteri sulungku~

Assalamualaikum uollss...
 
Macamana korang sihat? Lama tak update post ni.. Maklumlah busy sjak jadi mama ni.. Terasa hidup ni berubah 360 darjah.. hehe.. Sementara nak biasakan diri kan.Awal2 ni terkial-kial la lgi..Pejam celik baby Arissa dah 3 bulan.Cepat sgt masa berlalu.. Hari ni 1st day fiza masuk keje after cuti pnjang.. so far xde keje lagi so ada masa la nk update blog ni.. Rindu plak kt Arissa..3 bulan xpernah berenggang ngn dia kn mau xrndu..Mama harap Arissa ok2 saje dok ngan pengasuh tu..Arissa before ni xnak mnum susu thru botol..Alhamdulillah semalam Arissa mnum jgak.. Betol ckp kawan fiza, baby ni kalo kite anta kt BS dia pndai bawa diri..

 
Post kali ni nak cite kronologi bersalin my little princess..Alhamdulillah fiza dah selamat bersalin pada 4 Februari 2013.. Puteri sulung fiza dan suami, Arissa Safiya Bt Ali Badruddin.. puteriku ni juga hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama..Syukur ya Allah di atas rezeki dan hadiah yg tidak ternilai ini... Akanku jaga, belai, didik sehingga menjadi hamba Allah yg beriman & berjaya di dunia dan akhirat..amin..
 
Moh le baca!! :)

 
29 Januari 2013 (Selasa)

 
Appointment dengan doc.lucky sbab hari tu kawan mak(jiran lama jugak)yg bertugas..dia ni pakar kt hosp Sultanah Bahiyah.. Dr Zubaidah nama dia. check dan baby still breech@songsang.. dia decide suh admit wad pada hari Sabtu untuk preparation for ECV.Nak taw ECV tu ape sila google.. dlm bahasa kampung, teknik pusingkan baby kpda keadaan normal..Ala mcam bidan urut dok buat tuh.. Actually fiza dah pegi berurut dgn bidan tapi Allah Maha Kuasa baby xnak pusing jugak..

 
2 Februari 2013 (Sabtu)


Lebih kurang pukul 4 ptg mcamtuh fiza, suami dan mak pegi ke PAC Hosp Sultanah Bahiyah untuk checkup dan urusan utk admit wad sebelum ECV dilakukan.. Masa scan doc inform baby masih lagi breech tapi keadaan baby normal..so fza kena admit wad ptg tu jugak utk preparation ECV keesokkan harinya.so kena start berpuasa.. fza sgt lucky sbab mak temankan fza tdo di wad..spatutnya xbleh kan..disebabkan mak dok mngajar kat wad tu so kawtim baik la dgn nurse2 kat wad tuh..Lagi satu sebab fza dok bilik soang..so bolehla nak teman..klo dok katil luar yg org ramai tu cnfirm xbleh sb nti org nmpak pe plak kte drg kan..tapi sedih ya amat tgk mak.. mak byk sgt berkorban utk fza..terima kasih byk mak..tidak terbalas jasamu.. syg mak sgt2..

 
3 Februari 2013 (Ahad)

 
Seawal pagi nurse dah kejutkn utk check bp dan prepare utk masuk labour room.. Masa tuh perasaan takut, risau sume ada.. pukul 8 pagi mcam tuh dah berada di labour room.. Masa tu dengar macam2 suara dok menjerit,menangis, mengerang kesakitan dan sewaktu dengannya.. Masa tu terpikir sakit nak beranak ni mcm sakit gile je ble dngar drg menjerit bagai..uishh gerunn jerr...then, before nk buat ECV tu dktor check up again.. Unlucky masa tu doktor ckap low potassium so xbleh proceed for ECV..kena bt correction..means kn tmbah garam dalam bdan.. So start la drip masa tu jugak.kna drip 5 botol tpi xsempat hbis pn..sakit kot drip garam ni.. ECV tunda ke esok pgi plak..pahtu nurse anta wad semula.. dah xjdi ECV fza pn buka la puasa.. Tenghari tu fza melantak la makan bagai sebab xjadi buat kn..hehe ptg tu request kt hubby nak mkn kfc.. Masa waktu melawat hubby dtg bawa kfc.. Ya Allah terharu plak rasa..terima kasih byk2 hubby.. Malam tu kena start puasa semula..malam tu jugak hubby message smpena anniversary ktrg pada keesokkan hri nya..sedih bce msg hubby mlm tuh..menitis airmata gak masa baca tuh..tq hubby..i love u so much forever n ever..


Okeh smpai saat yg bermula sakit..kol 3 pagi mcmtuh fza dh mula rasa sakit dia dtg 30 min ke 15 min sekali.. mmg sakit tpi xlama mcmtuh fza tertdo jugak..masa tu xbudget pn tu cntraction..

 
4 Februari 2013 (Isnin)

 
pagi tuh macam smlam jugak nurse kejutkan utk amik bp dan preparation utk proses ECV.. Seperti biasa kol8 nurse anta pegi labour room.. masa tu xde plak rasa sakit.. doktor check tpi still low potassium so xbleh proceed ECV..Kena tmbah drip lagi.. so balik semula wad.. masa tuh mak cakap makan la dah xjdi buat so buka la puasa..apa lgi fza hentam sepinggan nasi lauk ayam.. lpas makan tu tiba2 sakit dtg semula..kali ni sakit dtg 10min skali phtu 5 min sekali.. terus bgi taw mak kte dh xtahan sakit..phtu doktr dtg check bukaan.. masya Allah masa tuh dh buka 2cm.. sakit gile walaupn bru 2cm..doktr ckp kena czer jgak tpi malam..sebab fza dh makan..so doktr suruh puasa semula.. phtu drip garam dipercepatkan.byangkan sakit cntraction lgi sakit drip garam lgi.. kol 1 mcmtuh tgk ada turun darah..ckp kt nurse dah xtahan rasa mcm nak terberanak jer.. mntak percepatkan masuk OT.. mmg dah xbleh tggu malam dah..rasa mcm nk jerit suh doktr czer msa tu jgak.. doktor ni mcam serba salah nk proceed czer dia kte sb blum ckp jam puasa..baru bpe jam fza puasa.. tpi dah sakit cmne..huhu.. fza dah berjurai airmata..kelu dah xterkata..menahan sakit jer.. kol 2 mcmtuh nurse dtg nk buat preparation utk czer..ktenya doktr dh kasi green light masuk blik OT.. masa tuh sakit hnya Allah yg taw.. dh selesai tkar bju bgai nurse pn tolak pegi blk OT.masa tuh kna tkar troli tuh nurse suh fza mengesot pegi troli seblah..huhu kjamnya rse..sakit jgn kta la msa tuh..phtu masuk la blik OT..masa tuh doktr suh bgun duduk peluk bantal sb dia nk cucuk epidural.. Ya Allah lgi skli tekanan rsa.. sakit tpi gagah jgk bngun..after cucuk epidural terus hilang rsa sakit..pnggang ke bawah pn xrse pape..msa tuh la drg operate perut..xrasa sakit tpi rsa la org dok main perut kita.hahaha dlm OT tu siap drg pasang radio lagi, sembang, men game, gelak ketawa.. xsangka kan..ingt kan pasang ayt al-quran ke pe..ni lain plak..

Pukul 4.12 ptg selamat la Arissa Safiya lahir ke dunia ni.. Ada yg kata beranak czer ni xde nikmat bersalin la, byk dosa kat suami la..xsakit la..mcm2 laa .. fza walaupn bersalin czer dpt jugak rase sakit cntraction bukaan.. tapi bgi fiza walau apa cara sekalipun kte bersalin semua tuh dah ditetapkan oleh Allah s.w.t..Takdir..sudah tersurat mcm tuh..Sape kte nak mempersoalkan kehendak Allah.. Rasanya semua org nak bersalin scra normal kan.. xkisah la asalkan baby sihat.. tak dinafikan kalo kte czer mmg bnyak bnda kna jaga.. tapi xde la susah sgt mcm org dok ckap tuh.. Tapi harapan fiza nxt baby jika diizinkan Allah nak jugak merasa normal.. satu pesanan utk semua, if bersalin czer lepas operate tu disaranakn utk tido flat tanpa bntal selama 8jam.. itu nasihat mak fza utk elakkan pening kpla dan perjalanan darah tu elok..

Ok lah..next post fza kongsi pengalaman berpantang plak utk org czer.. masa pantang mmg mak suh btul2 pantang punya.. fuhh rase lama gile nak hbis 45 hari tuh.. tpi best sb ada baby..blh peluk cium baby tiap hari... hehe.. okey chill!!



Arissa 3 bulan.. :)

14 December 2012

Percutian di Melaka a.k.a Babymoon

Assalamualaikum sume... 


Ni entry yang dah basi.. Dah lama peram kt draft.. hehe.. Fiza nak kongsi sikit pengalaman Fiza masa pegi Melaka pada cuti Awal Muharram & Deepavali yang lepas. Plan asal Fiza nak sangat ajak hubby pegi Cameroon Highlands. Niat dihati nak pegi petik strawberry sambil tu bersiar2 kat Ladang Teh...hehe.. Tapi hubby tak nak sebab sekarang kan musim hujan..so kitorang ubah plan la pegi Melaka.. Actually Melaka ni pun best jugak..Banyak tempat bersejarah & menarik yang kita boleh lawat.


Kitorang bertolak 14hb Nov lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tuh.. Saje la Fza kasi chance kt hubby nk bangun lambat skit..sebab before tu hubby keje kan. Tempat pertama yang kitorng pegi adalah Restoran Asam Pedas Hajjah Mona.Restoran ni kat Kota Laksamana. Fza just tnya officemate kt mana ada restoran asam pedas yang sedap.then dia cakap kt Kota Laksamana ni..Fza try google then ramai yg review kata Restoran Asam Pedas Hajjah Mona ni sedap... So kitorang try la.. Memang sedap la.. Habis kitorang pulun makan..Tambahan plak tengah lapar masa tuh..hehee..




Tempat seterusnya kitorang pegi Muzium Samudera (yang kapal besar tuh), Menara Taming Sari (Syok ooo naik Menara Taming Sari ni. Hubby siap sewa teropong lagi), Kota A Famosa (penat gile panjat tangga sampai ke atas..ku gagahi jugak membawa perut..hehe), Coconut Shake Pantai Klebang (yummy, sgt sedap..maklumlah dah lama Fza xminum air kelapa ni..dpat shake pn jadila), malam tu pulak kitorang naik Cruise River (cantik lampu2..paling Fza suka Kg Morten, bersih jer kg tu..Hubby cakap bil elektrik Kg tu ditanggung oleh kerajaan negeri sebab diorang diarahkan untuk pasang lampu kt umah sepanjang malam), lepas tuh Fza ajak hubby pegi makan kat Umbai..Selalu dengar kawan2 kata makan ikan or seafood kt sana best so ape salahnya kitorang cuba dah alang2 kat sana kan.. Fza xingt plak nama kedai yang kitorang pegi makan tuh..Kedai tu kat tingkat atas dan berdepan dengan pintu masuk utama...Habis makan kitorang balik tido kt Hotel. Sok pagi check out terus balik KL.. Simple kan percutian Fza & hubby :)... Fza tempek kt bawah ni beberapa keping gambar yg kitorang ambil xde la bnyak sangat sebab kitorang xbanyak ambil gmbar pun..Lebih banyak menghayati pemandangan dan keadaan persekitaran.. Haha Poyo je kan...



My lovely husband



Baby bump, Masa ni kandungan baru nak masuk 7 bln

Ok la kan dapat bercuti kat Melaka..Tengok tmpat org..Padahal dah penah pegi masa rombongan sekolah dulu2..Xpe tu lain..yg ni special skit sebab pergi dengan hubby.. Next year, In Syaa Allah nak plan bawa our sweetheart pergi melancong.. Ke mana tuh kena tengok tiket flight la yang mana murah..

Yang ada dalam list :

1. Krabi (teringin sangat nk pegi dari dulu sebab pemandangan kt sana Subhanallah cantik sangat)
2. Phuket (Phuket pn cantik tapi macam risau plak ble pikir Tsunami.. hehe )
3. Semporna, Sabah ( kalo pegi sini boleh ajak hubby pegi umah mak angkat..smbil tuh boleh pegi Pulau Mabul or Sipadan... Coral kat sana sangat cantik ok.. Dulu dah penah pegi masa study kt uitm..Kali ni nak pegi dengan hubby & sweetheart..)
4. KK, Sabah (ni pn teringin jgk nak pegi walaupun dah penah pegi dulu)
5. Ho Chin Minh, Vietnam .. Nak shopping.. :)

Hubby selalu cakap, "syg tu sume tmpat dah penah pegi..Dulu jnji dengan B nak naik flight 1st time sesama ngan B"...hehe Sori B masa tu uitm bawa pegi free..so pe lagi pegi je la... Masa pegi program anak angkat tu la 1st time Fza naik flight..Lepas tu bile dah keje swasta selalu jgk balik Alor Star naik flight.Masa tu berlagak xnak naik bus..haha haa skrang ni padan muka balik naik kete jer.. Hubby plak 1st time naik flight mmg dengan Fza..Masa tu kitorang pegi honeymoon kt Bandung... Betul2 tepati janji suamiku ni.. :) okey la dah pukul 5 so Fza nak siap2 nak balik umah..Hari jumaat kalo lewat seminit pun jem x ingat..

Selamat bercuti semua !!!  

06 September 2012

Anugerah Allah


Assalamualaikum semua... Amacam sihat ke? Dah lama Fiza tak jenguk2 blog ni.. Last post pun bulan 3 yang lepas. Dah nak masuk 6 bulan blog ni terbiar.. Kalo umah mesti dah bersawang penuhkan... Fiza bukannya apa, lately ni busy skit dengan hal2 keduniaan yang lain.. Nak senang cite malas la...hehehe..

Tetiba hari ni Fiza ter'rajin' plak nak jenguk blog ni.. Sebelum ni ada jugak terlintas di hati nak delete jer blog ni. Tapi bila dipikirkan macam sayang la plak nak delete.. Sebab blog ni la tempat Fiza nak tulis apa2 pun.. Saje untuk syok sendiri. Walaupun pembacanya belum tentu ada...hehe Yang penting penulisnya ada jika umur masih panjang...

Hari ini Fiza nak share pasal pregnancy. Sebenarnya berat hati jugak nak post pasal ni. Tapi disebabkan permintaan beberapa kawan untuk tahu macamana experience Fiza masa 1st time tahu pregnant so Fiza kongsi la experience Fiza ni. Tapi niat dihati nak share bukanlah nak menunjukkan2 atau heboh yg Fiza ni dah pregnant.. Fiza sangat2 bersyukur dengan rezeki dari Allah s.w.t ni.Apa salahnya Fiza kongsi kegembiraan ni dengan kawan2 yang lain..

Bulan 6 lepas Fiza ada attend kursus di JB.. Masa tuh Fiza masih tak tau yang Fiza pregnant. So dengan selamber Fiza angkat beg berat ke tingkat 2.. Main hentam je makan apa yang ada..Nasib baik la masa tu tak ade apa2 jadi.. Alhamdulillah syukur sangat ya Allah.. Then, masa kursus tu Fiza dah start tak sedap badan.. Rasa macam nak demam.. Kursus plak masa di terlalu ketat.Banyak aktiviti yang ada.. Last2 Fiza demam panas... Pening, loya sume ada masa tuh. Balik dari kursus baru Fiza sedar yang sebenarnya Fiza dah lepas due period yang sepatutnya datang 4hari lepas.. Then saje la Fiza ajak hubby pegi beli upt. Keesokan paginya Fiza bangun buat upt lepas solat subuh. Masa buat tu Fiza tengok macam 1 line jer.Then dengan hampa Fiza tinggal upt tu dan pegi sambung tido.. kol10 lbih macam tuh Fiza bangun semula dan tergerak hati nak tengok upt tu lagi. Bila tengok tu double line tapi samar2, rasa macam nak nangis kuat2... nak panggil hubby tapi hubby xde sebab OT hari tu.. Masa tu Fiza was2.. Betul ke pregnant ni?? Pahtu teringat ada penah terbaca kt blog orang yang if samar2 consider pregnant. Then seminggu lepas tu Fiza repeat buat upt. Double line jugak tapi lebih terang... Pahtu Fiza biar lagi sebab rasa mcam awal plak nak g jmpa doktor. Sampai la satu hari Fiza kena cirit birit.Fiza pegi KK dan masa tu la doktor sahkan yang Fiza pregnant..

First upt yang samar

Alhamdulillah, skrang Fiza dah 2nd trimester. Doakan yer semoga baby dalam perut ni sihat dan selamat sampai la bersalin nanti.. Due date Fiza next year. So banyak lagi masa yang Fiza perlu lalui... Banyak lagi benda yang Fiza tak taw & perlu study.. Fiza doakan jugak untuk kawan2 yang belum pregnant semoga kawan2 murah rezeki pregnant nti... Untuk sympthom2 pregnant nanti Fiza cite dalam post lain eh... Dah dekat kol5 so masa utk balik....... Okeh bubyeeee...


Comel tak baby ni?? Comelkan...

22 March 2012

Apa pun tak bleh....

Salam... Hiiii uolss....
Dh lama Fza tak update blog nih..Sejak kawen ni Fza jarang nak 'berblog'....Just blogwalking jer..Baca post org then komen..Then baca lagi..haha..Nak post tapi kemalasan telah melanda..hehehe

Hari ini nape tah Fza rase sayu, bosan, blur dan macam2 lagi... Malas ya amat nk buat keje... "Tolonglah Fiza..Nti gaji ko xberkat... Huhu... Perut pulak rasa xsedap... Seminggu dua ni asyik ada problem ngn perut jer... Xsedap jer rasa...Takut jugak if ada something... Hopefully xde ape2 la... Badan plak berangin jer...Sebu... Malam jer mula la sebu satu badan.... Memang org baru kawen macam tuh eh?? Selera makan plak tinggi..Itu ini nak makan..Gemuk laa ko Fza....Huhu

Hmm ok la..Doakan i shat2 jer yer.. :)