Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

26 December 2012

Sesi Mendobi Pakaian Our Sweetheart ~ 32 weeks

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sume...


Hii uolss... straight to the point.. Just nak share pasal sesi mendobi pakaian si kecil yang bakal lahir tidak lama lagi..In Sya Allah tolong doakan semoga proses kelahiran our first baby dipermudahkan yer..

Sesi mendobi ni Fza buat masa 32 weeks hari tuh.. Tu pun setelah nurse bising2.. Actually by 28 weeks dh kena prepare siap2 beg barang baby & mom untuk ke hospital nti bile dah sampai masa nak bersalin.. Tapi masa tuh Fza rasa mcm awal lgi.. Tu mcm buat rileks dulu.Then nurse ceramah kt Fza kata kena prepare awal.sebab anything can happen..kita pun xtaw kan macamane.. Lagi satu sejak Fza kerap ke hospital check itu ini tu yg mmbuatkan Fza tekad nak dobi pakaian baby.. :) 

Untuk pengetahuan kawan2, Fza ni malas + tak berapa sihat sejak dua menjak nih... kena batuk dan selsema..So Fza basuh baju baby ni guna mesin saja.. Guna function wool.. Sebabnya mesin Fza ni kurang canggih la kot sebab xde function delicate mcam ada sesetengah kawan blogger suggest suh guna function delicate tuh..Then yang penting kna basuh guna detergent khas untuk pakaian baby... Fza guna sabun A-B-D Pureen.. Wangi bau baby... hehehe... ok itu saja.. thanks uollss sudi baca..  


Sila abaikan semak kt belakang tuh..hehe


P.S : Fza minta jasa baik kawan2 mendoakan Fza dan baby. Skrg tengah pujuk baby untuk pusing kepala ke bawah sebab kedudukan baby skrg breech.. Hati ni sgt risau ok..Tapi doc kata masih ada masa untuk baby pusing.. 36 weeks nti ada checkup utk tgk kedudukan baby..if xpusing doc nak buat ECV.. Harap2 baby dah pusing time tuh.. Tolong doakan eh..Kalo boleh Fza nak bersalin normal tapi kalo dah ditakdirkan bersalin operate Fza redha dan pasrah dgn ketentuan Allah.. TIA.. :)

17 December 2012

Ostematrix Membantu Ibu Hamil Yang Kurang/Tidak Minum Susu


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,


Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.



Lebih daripada Sekadar Kalsium

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga membantu untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Mungkin ada dikalangan kita sukar untuk minum susu, bagi menampung keperluan kalsium harian anda bolehlah mengambil Ostematrix (Kalsium Magnesium) sebagai makanan tambahan.


  Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Di antara kebaikan ostematrix adalah :

• Membantu mengurangkan risiko Osteoporosis.

• Membekalkan satu matriks zat-zat penting yang unik serta melebihi kalsium untuk membina, pembentukan dan melihara tulang dan gigi yang kuat.

• Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

• Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

• Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, rentensi air, mudah meradang dan kemurangan.

• Mudah diserap dalam badan serta-merta.

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam Ostematrix membekalkan:

• 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

• 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

• 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

"Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan"



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Kredit to Shaklee



Jika anda berminat untuk mencuba supplement Shaklee boleh hubungi saya di:

Facebook : Fiza Zainol
Shaklee ID : 907011
No .Telefon :  017-4045096 (call / sms / whatsapp)
Email : fizar_04@yahoo.co.uk


 








14 December 2012

Percutian di Melaka a.k.a Babymoon

Assalamualaikum sume... 


Ni entry yang dah basi.. Dah lama peram kt draft.. hehe.. Fiza nak kongsi sikit pengalaman Fiza masa pegi Melaka pada cuti Awal Muharram & Deepavali yang lepas. Plan asal Fiza nak sangat ajak hubby pegi Cameroon Highlands. Niat dihati nak pegi petik strawberry sambil tu bersiar2 kat Ladang Teh...hehe.. Tapi hubby tak nak sebab sekarang kan musim hujan..so kitorang ubah plan la pegi Melaka.. Actually Melaka ni pun best jugak..Banyak tempat bersejarah & menarik yang kita boleh lawat.


Kitorang bertolak 14hb Nov lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tuh.. Saje la Fza kasi chance kt hubby nk bangun lambat skit..sebab before tu hubby keje kan. Tempat pertama yang kitorng pegi adalah Restoran Asam Pedas Hajjah Mona.Restoran ni kat Kota Laksamana. Fza just tnya officemate kt mana ada restoran asam pedas yang sedap.then dia cakap kt Kota Laksamana ni..Fza try google then ramai yg review kata Restoran Asam Pedas Hajjah Mona ni sedap... So kitorang try la.. Memang sedap la.. Habis kitorang pulun makan..Tambahan plak tengah lapar masa tuh..hehee..




Tempat seterusnya kitorang pegi Muzium Samudera (yang kapal besar tuh), Menara Taming Sari (Syok ooo naik Menara Taming Sari ni. Hubby siap sewa teropong lagi), Kota A Famosa (penat gile panjat tangga sampai ke atas..ku gagahi jugak membawa perut..hehe), Coconut Shake Pantai Klebang (yummy, sgt sedap..maklumlah dah lama Fza xminum air kelapa ni..dpat shake pn jadila), malam tu pulak kitorang naik Cruise River (cantik lampu2..paling Fza suka Kg Morten, bersih jer kg tu..Hubby cakap bil elektrik Kg tu ditanggung oleh kerajaan negeri sebab diorang diarahkan untuk pasang lampu kt umah sepanjang malam), lepas tuh Fza ajak hubby pegi makan kat Umbai..Selalu dengar kawan2 kata makan ikan or seafood kt sana best so ape salahnya kitorang cuba dah alang2 kat sana kan.. Fza xingt plak nama kedai yang kitorang pegi makan tuh..Kedai tu kat tingkat atas dan berdepan dengan pintu masuk utama...Habis makan kitorang balik tido kt Hotel. Sok pagi check out terus balik KL.. Simple kan percutian Fza & hubby :)... Fza tempek kt bawah ni beberapa keping gambar yg kitorang ambil xde la bnyak sangat sebab kitorang xbanyak ambil gmbar pun..Lebih banyak menghayati pemandangan dan keadaan persekitaran.. Haha Poyo je kan...



My lovely husband



Baby bump, Masa ni kandungan baru nak masuk 7 bln

Ok la kan dapat bercuti kat Melaka..Tengok tmpat org..Padahal dah penah pegi masa rombongan sekolah dulu2..Xpe tu lain..yg ni special skit sebab pergi dengan hubby.. Next year, In Syaa Allah nak plan bawa our sweetheart pergi melancong.. Ke mana tuh kena tengok tiket flight la yang mana murah..

Yang ada dalam list :

1. Krabi (teringin sangat nk pegi dari dulu sebab pemandangan kt sana Subhanallah cantik sangat)
2. Phuket (Phuket pn cantik tapi macam risau plak ble pikir Tsunami.. hehe )
3. Semporna, Sabah ( kalo pegi sini boleh ajak hubby pegi umah mak angkat..smbil tuh boleh pegi Pulau Mabul or Sipadan... Coral kat sana sangat cantik ok.. Dulu dah penah pegi masa study kt uitm..Kali ni nak pegi dengan hubby & sweetheart..)
4. KK, Sabah (ni pn teringin jgk nak pegi walaupun dah penah pegi dulu)
5. Ho Chin Minh, Vietnam .. Nak shopping.. :)

Hubby selalu cakap, "syg tu sume tmpat dah penah pegi..Dulu jnji dengan B nak naik flight 1st time sesama ngan B"...hehe Sori B masa tu uitm bawa pegi free..so pe lagi pegi je la... Masa pegi program anak angkat tu la 1st time Fza naik flight..Lepas tu bile dah keje swasta selalu jgk balik Alor Star naik flight.Masa tu berlagak xnak naik bus..haha haa skrang ni padan muka balik naik kete jer.. Hubby plak 1st time naik flight mmg dengan Fza..Masa tu kitorang pegi honeymoon kt Bandung... Betul2 tepati janji suamiku ni.. :) okey la dah pukul 5 so Fza nak siap2 nak balik umah..Hari jumaat kalo lewat seminit pun jem x ingat..

Selamat bercuti semua !!!  

13 December 2012

Baby Kurang Gerak... Bad Review Hospital

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua readers...

Amacam uolls hari ni?? Hari ni Fza dah start keje.. Masih kurang semangat lagi laa...Pe pun terpaksa la pegi jugak.. Minggu ni Fza kna travel Shah Alam - Putrajaya sampai Jumaat ni... Semua ni gara-gara TOT Sistem TAWP la.. Agak stress sebenarnya..Mana tak nya Fza kena drive sendiri ke KDN..Pahtu Parking kt KDN tu dah la macam pe lagi... Jauh..Dah tu nak kena usung beg laptop yang berat tu ke sana... Fuhh mmg menguji ketahanan..hehe... Bayangkan nak bawa perot + beg laptop + handbag.. Memang sementara nk sampai ke kete banyak la tmpat persinggahan Fza..hehe.. Ok la berbalik pada tajuk post kali nih... Kali ni Fza nak share dengan smua pasal baby kurang gerak...Sorry sebab post ni agak pnjang.. Happy reading!!! hehe..

Hari Isnin lpas baby Fza kurang gerak.. Biasa baby akan start gerak pkul 7 ke 7.30 macam tu..Tapi pada hri tu xde plak baby gerak seawal tuh..Kebiasaannya baby sngat aktif..So masa tu Fza just think positif je.. Fza pikir maybe baby tido lagi.. Then tunggu la pkul 9 sebab nak start kira gerakan baby.Actually Fza dh strt kira gerakan baby last week..tu pun dah lewat..Sepatutnya minggu ke 28 dah start kira..Tpi masa tuh nurse yang biasa checkup Fza bercuti so dia xsmpat nak cerita mcamana cara nak kira gerakan baby. Then dekat pkul 10 cmtu ada la satu gerakan yg slow... Sampai pkul 12 baru ada 2 gerakan slow..Fza dah start rasa lain macam.. Kemudian sampai kol 2 masih tiada gerakan seterusnya..Masa tu Fza dah start risau..Lpas Solat Fza pun baca la Surah Yasin.. Dengan harapan baby akan gerak..Fza goncang skit perut tpi still xde pape.. Masa tu mmg Fza dh xblh buat keje la..Sebab rsau ya amat.. Dok lpas tu ada la skit gerakan yg slow..Tapi still xcukup 10 kali gerakan.Nurse ada pesan if xckup 10 kali gerakan sampai kol6 terus ke hospital.. Dalam kol 4.40ptg macam tuh Fza trus drive balik umah dan solat..After solat Fza kol mak bg taw kte baby krang gerak ni mcamana.. Mak suh Fza pegi klinik dlu check macamana.. Pahtu Fza pn siap2 nak ke klinik... Masa tu jgak la Fza rasa nak buang air besar... Perasaan takut tiba2 datang..Mana tak nya Fza ada masalah sembelit masa pregnant ni.. Meleleh jgk la airmata masa tuh..Pedih ya amat.. Tersandar jgak kot smntra nak boleh pegi klnik.. heeee... Dah sampai klinik bgi taw Dr. Ashikin yg baby kurang gerak.. Then Dr. Ashikin  kte kalo baby krg gerak Pn kena pegi hospital jugak sb kat klnik ni xde peralatan utk bt CTG... Ha CTG?? Apakah itu?? Kemudian Dr. Ashikin pn terangkan la..CTG ni mesin yg nak pantau jantung baby...

Mesin CTG

Keadaan Fza lebih kurang mcam ni la masa kena hari tu..


Dr. Ashikin kata try buat scan dlu mcamana.. Alhamdulillah masa scan tu jantung baby still berdegup sperti biasa..Cuma xnmpak baby bgerak pun.. So Dr. Ashikin kta Pn kena pegi hospital jugak..Bkan pe takut apa2 masalah timbul nti.. Kalo guna scan saje result xvalid katanya... Kena jgak bt CTG tu untuk pantau keadaan jantung baby setengah jam Hospital Serdang..Tanpa berlengah Fza pn kol hubby bg taw doc suh pegi hosptial..Then hubby kata tunggu dia sb dia nk balik.. Sian hubby tengah keje kena mntak cuti plak..

Hubby sampai je ktrg trus gerak ke Hospital Serdang..Sampai sana lebih kurang pukul 7.45 pm macam tu... Pegi kaunter pendaftaran tunjuk surat refer dari Dr. Ashikin . Then nurse kat kaunter pn mtk buku merah & ic Fza.Kemudian Fza kna isi satu borang ..borang tu mcam mtak kita sign utk mngaku yg kta sanggup menunggu wad kosong utk bersalin dari 24 jam ke 48 jam kalo xsalah..kurang ingt... Masa tu Fza dah blur..Fza cakap kt nurse, "Nurse, saya bukan nak bersalin lagi.Kena isi jugak ke? " Then nurse pun cakap Pn kena isi if incase nak bersalin or kena bersalin.. Pahtu nurse tu tnya lagi, "Pn ada bawa kain batik ?? Beg?? " Fza trus jawab spontan, "Saya dtg sehelai sepnggang nurse, xbawa apa2 pun" Then nurse tu kte "xpe lain kali dtg hospital bawa eh..siap sedia sume dah..Ok Pn duduk dulu nanti nurse akan panggil nama Pn.." Fza pn angguk je laa pht terus g duduk.. Msa tu kesian plak tgk muka hubby..Hubby nampak letih.. Keje malam kan.Tambah plak hubby xmakan lagi..just mkn meggi je b4 g keje.. Sian hubby.. Fza xmasak pun malam tuh sebabnya ktrg balik keratong sampai pun dah lewat sb jem gilee kt kuala pilah tuh..

Pukul 8.30 pm macam tuh baru la nama Fza dipanggil... Fza pn masuk la..Tiba2 nurse mcam singa je cakap, Nurse : Awak dtg dengan sape? (nada menyombong skit)

Fza : Suami

Nurse: Bagi beg kat suami. (nada menyombong skit)

Fza: ok..Jap eh nurse..Saya cari suami kt luar.



Dah bagi beg kt hubby Fza masuk balik bilik tu.. Phtu nurse pun mula la tnya macam2 soalan... Tanya macam nak marah... Sakit hati jugak la nk menjawabnya.. Sabar je la masa tuh.. Then nurse suh pegi kencing dan lpas tuh pegi duduk kt mana2 katil yg kosong.. Punya la lama tunggu kt katil tuh.. lebih kurang pkul 9lbih ada la 2org Dr. muda dtang kt Fza..Fza dah dpat budget yg drg ni Dr. pelatih..sebab drg bawa buku bagai. Drg tnya macam2 soalan yg sampai 14thun lpas pnya cerita pn tnya.. Letih nak mnjawab... Kemudian salah soang Dr. pelatih tu mtk izin nak check perut..Masa tu fza ingt mmg dia nk check betol la..Rupanya dia nak buat ujian pe tah..masa dia check tu ada la Dr. senior yang tengok & doc pelatih ni kena present...tiba2 ada la dalam 6 7org Dr. pelatih yang datang tengok.. Mak aiihhh ramainyaa... Lpas tu soang2 mintak nk check perut.. Ada yang tekan2 ikut dan dia jer, ada yang ukur ketinggian perut, ada yang just picit2..Adoiiii macam bahan experiment dh nii..Masa ni jiwa meronta.. "Mana Dr. sebenarnya ni..Aku dtg ni ada sebab kot bkan nak jdi bahan experiment korang".. lpas tu ada satu tendangan slow dri baby.. Rasa lega skit..Kemudian datang Dr. yg baru posting sebulan kt situ, dia dtg tny soalan dgan nada yg kerek..Menyampah plak rasa..

Dr. kerek : Pn start kira gerakan baby bila yer??

Fza: Minggu lpas Dr..

Dr. kerek : Pn taw x sepatutnya minggu ke 32 baru Pn boleh start kira.. skrg Pn baru minggu 31.

Fza: Mana saya taw Dr..Nurse tmpat saya checkup yang suh saya kira.Nurse tu ckap sepatutnya mnggu 28 strt kira dh..kira saya ni lambat dah la..

Pahtu Dr. kerek tu gelak2..Siap perli ngn Dr. pelatih yg lain...Macam babun..Aduii sakit hati ya amat masa tuh...Kemudian dia suh Fza pindah ke katil seblah utk scan.. Tapi kna tunggu MO datang sebab dia xreti guna mesin scan tuh.. Eh2 ko Dr. xkan xreti guna kot..Simpan jela sijil Dr. ko tuh..huhhhh...Lebih kurang pukul 10 mcm tuh MO pn datang la..Dia buat scan.. Masa tuh jantung baby still ok.. MO tu check sume ok.. Tiba2 baby tendang tapi Fza xdpt rasa pn... Cuma nmpak gerakan dia kt screen scan tuh.. Then MO tu suh nurse prepare CTG utk Fza..Dr. kte if graph CTG awak xcantik awak kena admit. Tapi buat masa ni xde wad yg kosong.. Lega Fza dngar.xnak la admit..huhu.... Masa nak pasang CTG tuh blah plak nurse tu pasang silap.. Pasang dekat ngan pinggang.. Memang xde la heartbeat baby... Kemudian dtg nurse lain plak dia pakaikan Fza oksigen. Masa tuh dia bcakap ngn nurse yg lain kte graph trun.. Nurse tu suh Fza mengiring ke kanan..xlama pastu dtg plak nurse lain.. " Pn kena dok terlentang xblh mengiring" Fza mengomel dlm hati, Laa plak dah..tadi nurse lain ckp kena mengiring..Sabar je la drg nih.. lebih kurang pkul 10.30 mcm tuh siap la CTG tuh..Pahtu nurse ckap nti apa2 doc bgi taw eh..Fza pn dk baring je la phtu, tiba2 dtg soang nurse ni ,"eh Pn bole tunggu kt luar, nanti kte panggil semula" Adoiii mnyakitkan hti lagi..tadi nape korang xckp blh tunggu luar.. Kepala otak dok pkir hubby je ni.. Ok ke x dia?huhu..

Tunggu punya tunggu sampai la kol12.30 am..Xde jgak nama dipanggil..Mak aii lamanyaa..xkan nak buat laporan pn lama sungguh.. Fza pegi tny kat kaunter.

Fza: Nurse mana buku merah saya,tadi Dr. ckap kalo CTG ok blh balik..

Nurse: Pn kena tunggu Dr. buat laporan dlu.

Fza: Takkan la nk buat laporan sampai 2jam kot nurse. (slamber je Fza tnya gitu..hehe)

Nurse: Dr. ada operation.kna tunggu hbis dlu bru Dr. blh sign....

 
Waduh2 brapa lama nk kna tunggu lagi.. Kemudian Fza dah xtahan + sian tgok hubby..Mata dah merah..Dengan xmakan dri siang..just mkn meggi je ptg tuh.. Fza ajak hubby blah..Pegi makan dan balik..Buku merah tu bila2 boleh amik...Pahtu ktrg pn blah la.Pegi mkan kt mana2 tah..Masa tuh hndset dh xde bateri..dah xbleh nk on gps... Masa tu Fza smpat charge nset dlm kete. Lpas dh mkn knyang tuh ktrg pn otw la nk pegi smla hosptal tu..dengan harapan dh siap la result tuh..then ada call dari stu no xdikenali..Masa ni dah bdget mesti hosptal kot.. Yup btol... nurse marah2 Fza nape fza balik..Fza dngan slamber jawab.. "Dah lama sgt tunggunya.Saya & husband xmakan dri siang..mana tahan..Saya pegi la mkan dlu..."smbil membebel2 dia suh fza dtg amik buku..

 
Sampai kt hosp Fza trus pegi kaunter tny mana buku merah saya..kmudian nurse suh masuk dlm..Kna bebel lagi.. Pahtu nurse pesan suh call klinik O&G masa office hour..suh bt appoinment lagi 2minggu..OHH TIDAK... xnak dah laa berurusan dengan hospital nih... Dah kena bebel bgai ktrg trus balik Shah Alam..Lbih krang pukul 2.30 am ktrg smpai kt umh.. Alhamdulillah baby ok,syukur sangat..baby dah start aktif mcm biasa... Keesokkan harinya Fza xpegi keje.. Buat mc sendri.. Dah nak buat mcamana xde kudrat dah nk pegi keje.. Dr. plak xbgi mc..Nasib badan... huhu Panjang plak post ni..Sorry ye kawan2, Fza just nk share pngalaman Fza..Sepatutnya kes Fza ni emergency case..tapi dilengah2kan..In case ada problem mcamana? Nauzubillah.... Okey la penat dah karang nih..hehe Nak sambung buat sistem plak nih...
Chill!!!!