Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

06 August 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum & Salam Lebaran... 

Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin.. Raya kali ni tiada yang lebih happy apabila tengok si kecikku bermain riang, walaupun kadang kala dia suka berebut barang orang dan merengek-rengek..bagiku itu perkara biasa bagi budak kecik sebesar Arissa yang masih dalam proses nak membesar... Hatiku gembira tak terkata kerana sepanjang bercuti seminggu sempena Hari Raya ni Arissa dah mula minum susu guna botol..Alhamdulillah, berkat kesabaranku Allah makbul jua doaku.. yang penting usaha tanpa kenal erti jemu.. Menyusu ni hak anak jadi mama tidak menggunakan cara/petua orang seperti letak asam jawa, kopi dan sebagainya..Sebab mama yakin yang satu hari nanti Arissa akan berhenti menyusu sendiri.. Walaupun Arissa masih menyusu tapi tidak lah sekerap dahulu.. Dalam hatiku, sedih..sayu.. tapi apakan daya demi si kecik di dalam perutku ni..Sedar tak sedar dah menjangkau 6 bulan..Cepat masa berlalu.. Arissa seolah-olah paham yang dia akan jadi kakak satu hari nanti. sudah terserlah sifat penyayang dalam dirinya.. Mama doakan semoga anak-anak mama sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Allah... Dan mama juga berharap agar diberi peluang sekali lagi untuk menyusu bakal adik Arissa sehingga umur 2 tahun..InshaAllah..

Semalam mama ajak papa pergi skodeng adik Arissa.. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah... Macam tak percaya ni kali ke 2 perut rasa berombak, ada insan lain dalam perutku yg ku bawa ke sana ke sini.. Alhamdulillah..syukur ya Allah atas rezeki dan nikmatmu ini.. sesungguhnya aku sangat2 bersyukur.. Dari semalam sesudah kuar dari blik doktor, aku rsa nak sengih jer sampai telinga..tapi aku cuba cover jugak.. tetap tak boleh..masih rasa nak senyum memanjang..sampai ada akak kat kerusi menunggu pun hairan tengok aku sengih jer.. Semoga anak mama sihat hendakNya, ckup sifat dan sempurna, menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan soleh. Mama doakan agar kandungan kali ni tiada masalah,tiada gangguan sihir/hasad dengki, dan Allah izinkan mama untuk melahirkan adik secara normal dan sihat.. 

Baru2 ni aku diuji dengan sakit pada malam raya sehinggalah hari kedua raya... Sakit yang Allah saja taw mcamana rsanya sehingga nak baring , nak duduk semua tak boleh... aku hanya boleh dok keadaan bersujud..tu pun masih sakit at least boleh tahan sakit lagi..sakit ni sungguh pelik kurasa.. lain dari yang lain...selesai takbir dilaungkan di masjid-masjid sakit mula datang.. pedih ulu hati sehingga sesak nafas beserta dengan sakit perut menucuk-nucuk.perut kembung seperti tong drum.. jasa suami dan ibu mertuaku maa yang tak dapatku nak balas..ditengah2 malam tido maa terganggu disebabkan  maa urutku agar reda sikit kesakitan.. tapi angin langsung tak kuar sedangkan aku rsa perutku macam nak meletup dah..maa pun pelik knapa..sedangkan kalau mengurut orang mesti akan kuar jugak angin tu at least sikit..semalaman aku tak dapat tido..suami ajak pegi hospital tapi aku tak nak sebab aku tak nak susahkan orang dan paling penting aku tak nak spoilkan mood raya orang2 lain... entah laahh... petang raya tu kitorang ada singgah kat pantai..kalo tak salah nama pantai tu teluk ketapang.. masa kat situ aku dah niat, Ya Allah jika penyakit ni datang dengan cara tak baik(sihir) ku mohon agar penyakit ni ditinggalkan bersama-sama arus ombak.. seharian aku tahan kesakitan ..ku gagahi jua pergi beraya rumah sedara suami.. Alhamdulillah berkat doa Allah makbulkan jua, malam tu sakit tu dah beransur pergi.. hari raya kdua masih tinggal sisa-sisa jer... petang tu aku dah mula sihat seperti sediakala..

Rayaku tahun ni agak suram, maybe sebab berjauhan dengan family.. lagi plak hatiku agak sensitif sekarang ni..maybe sebab aku pregnant ke or memang aku sensitif orangnya..banyak benda yang aku tak sepatutnya terasa tapi aku terasa.tu kata2 husbandku.. aku akui maybe ada jgak bnda yg aku terlalu amik port sedangkan aku tak perlu pun amik serius.. hopefully lepas ni aku boleh la jadi seperti suamiku, langsung tak hirau apa orang nak kata.. asalkan kita sedar sape kita.. benda yang tak de kena mengena boleh ignore..dan benda yg kecik pnya hal kita boleh masuk telinga kanan & keluar telinga kiri.. cumanya aku hrap sangat orang-orang disekelilingku tidak lah menegur benda yang tak sepatutnya, tak perlu la nak amik taw hal aku, tak perlu juga mencanang cerita-cerita aku sbabnya aku bukanlah retis yang hot.. blog ni tempat aku meluah rasa yg pada dasarnya hanya aku sorang jer boleh baca.. tujuan hanya untuk meredakan segala rasa marah, tidak puas hati dan seangkatan dengannya... akhir kata, yang buruk datang dari aku sendiri dan yang baik datang dari Allah s.w.t. 





sayang mama, Arissa Safiya...


kesayanganku... love both of u..