Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Lama sungguh tak bersiaran... Sebenarnya banyak benda nak tulis tapi masa tu tak ada.. Kalau luah kat blog ni hilang la segala resah dan keserabutan yang ada... Ok back to the topic. Actually masa iklan ni keluar di website JPA, baca tajuk tu macam syokk jaaa... Why not try kan.. Bukan senang nak ke Korea free kan... hehehe kemudian aku pun proceed laa isi borang dan hantar borang untuk pengesahan ketua jabatan.. Berdoa jugak supaya SUB luluskan borang dan hantar ke JPA. Sebulan lepas tu keluar la result untuk temuduga..Dan tak sangka aku dapat panggilan temuduga. Ok aku set mind untuk cuba...mana tahu rezeki kan dapat la pegi korea free... heheeheh Diantara soalan-soalan yang ditanya aku list kat bawah yer...
1. Perkenalkan diri (nama, tempat kerja) dan kenapa anda nak ke Korea? pahtu aku pun cakap nak ke Korea sebab nak tgk budaya masyarakat korea tu sendiri.. kaitkan la sikit tentang sikap positif org korea nih.. blablabla...
2. Apa yang anda nak bawa balik kebaikan dari Korea untuk dipraktikkan di Malaysia? yang ni aku cakap pasal populasi penduduk vs bil penjawat awam. aku compare antara korea dan malaysia.. haha ikut suka aku ja.
3. apa program belia di Malaysia yang awak nak perkenalkan kepada Korea? yang ni aku merepek pasal program fit malaysia laa bagai.aktiviti kemasyarakatan la bagai.... aku tak prepare sangat pasal ni.. huhu
4. Please tell me about Malaysia. Why, i should go to Malaysia? yang ni kena cerita apa yang menarik tentang Malaysia. kononnya panel tu orang korea la.. Tak kira la dari segi budaya ke, makanan ke, tempat menarik ke.. kena cerita sampai panel puas hati.. dia akan interrupt jugak semasa kita tengah bercakap..
5. kemudian, panel akan tanya apa kelebihan awak. boleh menyanyi? menari? bermain alat musik? masa ni memang ko kena laa tunjuk bakat ko.. kena la menyanyi dan menari... panel kata nanti kt korea akan ada malam kebudayaan. masa tu kena buat persembahan lebih kurang 2 jam camtu kt pulau nami..wahhh bestnyaaa pulau nami...berkelip2 dah mata aku masa tuh.. katanya diorang nak orang yang sporting, xde malu2. sebabnya masa nak blatih tu terhad sbab aktiviti pack sangat kat sana... so kena pandai2 sendiri..bawa nama malaysia so kena laa buat elok2 katanya..
6. Pernah ke luar negara? negara mana dan pergi sendiri atau ditaja? aku cakap penah pegi ke indonesia, singapore dan thailand..panel tanya tak kena blacklist sebab ptptn ke? aku cakap tak dan snyum jer..
7. Ada penyakit kronik? kronik tu maksud dia nak kena makan ubat setiap 3/4 jam sekali.. Tahan ke dengan salji? konon masa ke korea nanti masa tu tengah peralihan musim. dari luruh nak ke salji... wahh bestnya la kan kalo dapat main salji.aku cakap aku tak penah jumpa salji then panel suh pegi i-city..hahaahha okk fine...
8. Lastly, panel tu kata Goodluck. kalo ada rezeki kita semua akan ke korea. seramai 138 org yang interview..hahah yang ni kelakar.xdenya JPA nk bawa semua ... Actually hanya 15 orang akan pergi ke sana. ha terlupa plak..untuk pengetahuan korang, sijil2 dan salinan buku perkhidmatan tu dibawa ke satu bilik dimana pegawai dalam bilik tu yang akan check dan nilai dari sudut penglibatan dan akademik. panel interview tu langsung tak tengok segala sijil ko.means dia zero tentang ko...
aku tak dak la mengharap sangat lepas interview semalam...kalau dapat tu alhamdulillah rezeki..klo tak boleh cuba lain kali dan jadikan sebagai pengalaman... easy kan... ok itu saja pengalaman yang boleh share... semoga korang berjaya untuk program akan datang.. :)
4 comments:
Salam...nak tahu dapat x pergi Korea....saya baru jer apply...dah verangan mcm2 ni...tp bila baca nak bwk 15org jer...huhu
wahh tahniahnyerr, dpt gi korea x ., setahun dh nihh ., ;p
Assalamualaikum.
Esok saya temuduga program tu untuk tahun 2017. Harap2 berjayalah 😉
Assalamualaikum.
Esok saya temuduga program tu untuk tahun 2017. Harap2 berjayalah 😉
Post a Comment