* FOLLOWERS *

29 October 2011

Mood DIY Bunga Tisu

Salam uolss... Hi b2b, ex-b2b, silent readers or whatever... ;)

Tiba-tiba mood Fza malam ni nak DIY.. Sebabnye siang tadi lepas Fza & En Tunang pegi amik baju nikah yang sudah siap (cite baju nikah kemudian Fza review yer.. ;p ) Fza ajak En Tunang pergi Kedai Bunga Reben kat Jalan Tar tuh.. Pada mulanya nak mencari beads untuk jahit kat baju nikah tuh.. Dah settle cari beads, Fza teringat plak bunga tisu yang Fza ada ternampak kat blog sape tah tak ingat.. Masa tuh la timbul rase nak bli kertas tisu tuh & cadang nak DIY bunga telur sendiri.. 

Fza berangan nk DIY 200 pcs bunga telur berasaskan bunga tisu nih..Dan jugak bunga untuk letak kat hantaran.. Tak tau la mampu ke x buat banyak tuh..Mau berpinar biji mata belek benda alah tuh.. So malam ni jugak Fza try la buat bunga tisu ni.. Ni first time Fza buat bunga ni.. Sebenarnya Fza ni xde la kreatif sangat.. Ni sekadar mencuba dan kalo jadi nak diusahakan la niat suci tuh..hehehe...  okeh lets continue .....

Antara bahan-bahan yang diperlukan : 

Kertas tisu, dawai kcik, gunting ( Sila abaikan gmbar yang tidak berkaitan..Actually beads tuh untuk DIY kt baju nikah..Gambar gunting xde plak dalam ni..Sume msti taw kan gunting yang mana...hehee..chilll )



Okeh dah siap!!! Ini lah hasil nya...



 Bunga tisu Pink....



 Bunga tisu Pink & Purple.... Tak tau la dalam pic ni nampak tak macam purple la plak..
 


Kat bawah ni ada gmbar bekas hntaran yang Fza baru start hias skit.. Ni baru first step... Just lekat renda di sekeliling bekas tuh jer.. hehe... Yang lain in progress... tak pe buat skit2 lame2 siap la sume kan.. ;)


Orait... mau sambung buat bunga tisu lagi maklumlah mood DIY tgh ada.. Time rajin je buat time malas jangan harap la nak buat... 

-To Be Continue-

27 October 2011

Pre Wedding Photoshoot :)

Salam uollsss... 
Haiii sume... 
Fza tak nak cakap banyak, korang layan la gambar photoshoot fza nih..:)

Pre Wedding Photoshoot 
   - Buat Simple2 jer... 

 Tarik telinga cuties....

 Senyum simpul..

 Intai2....

 Saje buat eksyen... 

 auwww....

 hehe....

 aummm....

 ok x? hehe ...

Actually Fza ada jgk photoshoot with bff...So just tgk kt post Cik Tqah kte la eh... so xyah fza buat entry baru..hehe .. photoshoot with bff
Layannn zasss!!!!


okey itu saja.... chill!!!!

24 October 2011

Kursus Kahwin Di Masjid Negara...

Salam & Hi uolsss....

Ape khabar sume hari ni?Sihat ke? Alhamdulillah semalam Fza dah selesai sudah Kursus Kawen untuk kali ke 2... Actually Fza dah penah pegi Kursus Kawen ni beberapa tahun yang lepas.. Masa Fza pegi tu tak bersama En Tunang.. Masa tu Fza pegi ngn kawan follow Kursus untuk student2 mak.. So untuk kali ni, Fza pegi lagi sekali sebab nk pegi dgn En Tunang.. Kitorang pegi Kursus ni dkt Masjid Negara.. Best sangat kat sini sebab berpeluang ke Masjid Negara..Sebelum ni Fza just lalu je tapi tak penah singgah pun..Padahal opis belakang ni jer.. Teruk kan!!! hehe... 

Rase tenang je kat sini taw... Paling best kat sini, kitorang berpeluang sembahyang jemaah bersama2, penceramah pun best2..Fza gelak/ketawa sampai meleleh2 airmata..Maklumla tawa dalam tangisan.. hehe... Makanan pun sedap2.. Dah tu dpt plak voucher hadiah perkahwinan.. :)

Antara voucher2 yang dapat:

1- RAWATAN WAJAH VITAMIN C (2 JAM)Dr.Azimuth Bioherbal - VOUCHER BERNILAI RM128

2- RAWATAN RAMBUT / SPA RAMBUT Dr.Azimuth Bioherbal- Voucher bernilai RM100.00

3- Terapi pelangsingan Dr. Azimuth Bioherbal (wanita shj) - Voucher bernilai
RM200

4- Rawatan Kecantikan Wajah - Soft Laser voucher bernilai RM160

 (CREDIT TO : Kursus Kahwin-PPKI)


So berbaloi la kan dengan apa yang kita bayar & dapat... So kepada b2b ke kawan2 ke yang masih tercari2 dimana tempat nak berkursus kat sini lah tempatnya... :)

KURSUS KAHWIN MASJID NEGARA - PPKI

Booking email : kursuskahwinppki@gmail.com

Booking SMS :
(MASJID nama penuh / nama pasangan dan tarikh kursus) 
Hantar ke 013 - 3866086

En. Shaiful Nizam (013-3866086) untuk sebarang pertanyaan 


 Orait jumpa lagi... selamat berkursus!!! :)

13 October 2011

Tips Kurus Cantik Ala Model Gitu....

Salam uolss, b2b, ex-b2b, kengkawan & silent readers....


Hari ni Fza tak de keje...So nak cari keje la... Aduh pening jugak tengok tickers yang jumlah hari untuk ITU semakin hampir ke angka 100...Banyak benda yang perlu diuruskan..Bukan senang nak kawen ni...Banyak benda kena pikir..Preparation berbulan2 tapi hari nye sehari dua jer...Untuk diri sendri & my dear tak pe..:)

Lagi bertambah pening bile pkir cmne nak kurus...hehe..Entry ni bkn Fza nak bagi tips kurus tapi nak mencari tips nk kurus... Harap2 masih sempat la nak kurus dlm masa lbh kurang 3 bln ni... Ni sume semata-mata nak kelihatan cantik di ari bahagia nti..Chewaahh!!!! Fza terasa Fza ni gemuk.. Tapi ada yang kata tak gemuk...Maybe sebab Fza ni tinggi orangnye then jenis keturunan yang rangka badan besar... Berat tulang kot... Tpi ni bukan tulang dah...Isi terlebih... Korang perasan tak Fza gemuk dah? huhu.... 
Fza rase sume b2b mesti idamkan badan yang cantik masa hari persandingan nti.. Yer la sape tak nak kelihatan cantik kan...hehee... Kepada sesiapa yang ada tips-tips yang dapat membantu , Fza amat alu-alukan nasihat/tunjuk ajar/tips berguna utk org yang mcm Fza nih.... hehe...thanks yer sume...sayang sume!!! 

p.s: Otak tengah ting tong... So jgn kate pape yer... :D

10 October 2011

Tips Peperiksaan Undang2 Kerajaan

Salam korang sume... Hari ni nak kasi tips skit untuk semua calon Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan pada esok hari. Tips ini khas jugak untuk diri sendiri sebab sok Fza pun nak amik exam nih.. Cuak,takut, risau sume perasaan ada la.. hehe Doakan Fza berjaya yer kawan2... :)

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.


Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

1. Fahami isi kandungan buku undang-undang terbitan kerajaan seperti Arahan Keselamatan, PKPA dan Arahan Pentadbiran. Sekiranya ditanya soalan berkaitan cuti contohnya, anda seharusnya tahu bab mana yang perlu dirujuk.

2. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan subjektif dalam masa 3 jam.

3. Paling penting pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Tulisan calon turut memberi kesan terhadap pemberian markah.

4. Disebabkan peperiksaan ini dilakukan secara “open book“, maka pastikan anda membawa ketiga-tiga buku undang-undang seperti yang telah dinyatakan. Tiada siapa yang akan meminjamkan kepada anda buku tersebut sekiranya anda lupa untuk membawanya pada hari peperiksaan.

5. Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu. :D

6. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……

7. Disebabkan masa yang agak terhad untuk menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam, maka sebolehnya anda menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan cuba elakkan daripada pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.

8. Bertawakallah selepas selesai menjawab, semoga anda kite berjaya! :D 

Credit to: Mohd Hafez

03 October 2011

Monday Blues.... October!!!!

Salam uolllsss....

Seperti biasa hari Isnin confirm malas nk keje..Badan je kat opis tapi bukan di sini.... hehe... Dari pagi tadi sampai la skunk Fza xbuat keje pape lagi... Aduh makan gaji buta plak hari ni..hehe.. Hati xsenang la der... Kepala otak dok pikir duit semalam yang ditelan ATM .. Banyak okey amountnye!!! huhuhu... So, pikir2 hari ni nak mtk half day la..Nak g bank tu semalam nak settle pasal duit yang ditelan tuh... Agak2 bos bagi x yer????

Fza nak update skit pasal preparation kawen. Sabtu lepas Fza & En Tunang pegi Lowyat dengan tujuan nak pegi repair hndset yang dah lama rosak tapi xsempat nak repair, nak pegi anta repair camera abah & nak pegi usha handset.. Pusing pnya pusing last2 bukan usha hndset tapi usha kamera... Ali plak berkenan habis dah dengan Nikon D3100.. So tny2 harga la cmne kan..Korang rse2 kan kitorang beli x??hehe....


Then, kitorang pegi Mid valley dengan harapan nak pegi WAH CHAN sebab nak repair my ring yang dah xserupa ring dah...Tapi WAH CHAN kata xbleh nak repair.. Diorang suh trade in n amik cincin yang sebijik dgn asal tapi emas 750.. Mahal plak tuh... Hello cincin asal ni 916 kot.... So kitoang x termakan dgn pujuk rayu diorang.. Then , Fza ajak Ali pegi TOMEI... Sebab member Fza bagitau design kat TOMEI lagi cantik2 dari WAH CHAN , POH KONG n bagai... So pegi la.. Syok sangat bile org TOMEI tu cakap dia bole repairkan cincin tu FREE!!! FREE OK!!! Ape lagi melompat seronok le Fza ni..(haha, tipu..Fza sopan okey....) Sambil menunggu cincin tu di repair Fza pun usha la gelang tangan untuk dibuat batal air sembahyang time nikah nanti.. Sb dari awal td
Ali dah tanya hrga emas on that day bpe.. FYI, hrga emas on that day RM189/gram.. emas tgh turun skunk ni.. Sebelum ni kan naik mendadak.. Tengah trun so ape lagi... :)

Tu cite hari Sabtu, ni cite hari Ahad plak yer kawan2... Hari Ahad tu first sekali kitorang pegi ATM untuk amik duit sebab nak bayar deposit untuk Butik Pengantin.. Tapi malangnya seperti Fza cite awal tadi, duit kena telan.. Telan tu means kuarkan duit tapi dia xkuar amount dh ditolak dr akaun..Aduh sangat sedih okey!!! Sebab mmg kitorang nak guna duit tu.. So APe blh buat bersabar je lah.. Duit pasti akan dapat balik cuma lambat jer..Maybe proses dia 2 mgu...waaaaa..sob ..sobb.... After tu kitorang pegi Jusco Bkt Raja.. Saje pegi jalan2...usha2..mana taw ade barang hantaran lain yang boleh dibeli... hehe.. Kebetulan plak JJ ada buat Member Sales Day.. Usha pny usha ada plak kasut yang Fza berkenan & En Tunang plak berkenan jam.. So En Tunang kata kalo berkenan kite beli yer!! yeyayyy kasut & jam dh beli...
Lega dah settle sikit... Banyak benda lagi nak kena pikir ni.. tak pe step by step yer yunk!!!... 

Okey la dah panjang lebar dah ni..Tah ade orang bace tah xde....haha Ape pun Fza bace okey!!!! Okey uollsss ...See u next entry... U follow I, I follow U... (Otak dah weng2 ...huhuhu....)

BYE......