Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

03 December 2013

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee? Nak buat side income dengan Shaklee?



Cara nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar sah Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member kit ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 907011 sebagai sponsor/upline.

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase kecuali anda target untuk cash bonus wajiblah maintain points.. :)

Berapa modal yang di perlukan? 

Tak perlu modal pun sebab dengan Shaklee kita boleh buat ala-ala dropship.Bila customer order dan bayar baru lah kita bayar kat Shaklee.Kemudian, Shaklee akan pos barang tu kepada customer..senangkan? Kalau nak simpan stock kat rumah boleh la nak invest berapa pun.

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee sendiri atau Shaklee trial pack online or offline.

Apa nak buat jika saya dah daftar dengan orang lain tapi nak join bisnes Shaklee Trial Pack?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula-mula mendaftar (step paling atas tadi). Anda boleh menggunakan ID saya 907011 sebagai sponsor anda.

Berapa keuntungan yang anda boleh dapat setiap bulan?

Bergantung pada sales/purchase anda pada bulan tersebut.Minimum 150 point untuk layak dapat cash back/rebate/bonus. Bonus bermula dari 5% sehingga 21% depending on berapa points yang kita dapat pada bulan tersebut.

Kena cari orang ker?

Tak perlu.Saya pun tak suka paksa-paksa orang untuk join/beli.

Macam mana nak start berbisness ?

In sha Allah saya akan guide/coach anda sebab once anda dah register dengan saya, so anda dah jadi tanggungjawab saya, 'anak saya' ..Cuma usaha untuk berjaya itu terletak pada diri anda sendri.. :)


Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli (boleh email ke fizazainol@gmail.com untuk mengetahui Pricelist Shaklee). Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.

Dengan menjadi ahli di bawah team saya(menggunakan ID saya sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di fizazainol@gmail.com atau sms 017-4045096 untuk maklumat lanjut.

07 October 2013

Resipi makanan bayi 6 bulan ke 8 bulan...

Assalamualaikum semua...

Amacam uolss semua sihat ke? Hopefully gitu lah yer.. Pagi2 ni memandangkan Fza xde keje nak dibuat jadi Fza nak share la resipi makanan baby.. Resipi ni Fza rjuk kat google jugak dan ada jugak yang Fza reka sendri..Just simple2 dulu... 

Fza start dengan puree buah Apple.. jgn lupa 4 days rule untuk alert allergik..Tapi Fza xikut pun.. Derhaka skit kt situ.. Puree Apple ni Fza bagi kt Arissa 1 hari jer..sebabnya mlm tuh Arissa kembung..Tak sure la sebab apple or sebab lain.. So hri kedua Fza strt dgn pisang.. Senang je nk buatnya..

Resipi untuk baby 6 bulan

Puree Buah
Bahan-bahan : Apa2 buah (cth: apple, avocado,pisang, pear)
Cara : Steam/rebus buah, kemudian lenyek or blend.. Nak sedap sikit letak susu ibu/susu tpung

Resipi untuk baby 7 bulan - 8 bulan

Oat + Kurma
Bahan-bahan : Oat, Kurma 
Cara : Steam/rebus kurma, kemudian lenyek or blend.. 

Oat + Pumpkin (Labu)
Bahan-bahan : Oat, Labu 
Cara : Steam/rebus labu , kemudian lenyek or blend.. Nak sedap sikit letak susu ibu/susu tpung

Bubur nasi beraneka
Bahan-bahan : Segenggam beras, sayur(lobak merah/brocoli/sawi/bayam/tomato/kentang, sedikit ikan bilis dan air
Cara : Masukkan semua bahan dan masak sehingga jdi bubur, letakkan sdikit mnyak zaitun,kemudian blh blend..

Tofu Sweet 
Bahan-bahan : Tofu organik lembut, kurma
Cara : Rebus/steam kurma,masukkan air dan tofu.. Dah masak boleh lenyek/blend.. Fza just lenyek jer..senang..hihi

P.s : Boleh la nak letak ayam tapi kena alert alergik la..Arissa dh mkn ayam cuma Fza jarang buatkan sebab ada naik ruam merah kt leher.Alergik la tu kan.. xsure ayam ke pe sebabnya sebelum ni bagi makan ayam ok jer.. Risau baby sitter Arissa bgi makan bukan2.. sebab pnh kntoi bs bgi arissa mkn kuih raya..sakit hati rse..  

Setakat ni Fza just buat ni jer..Tiap hari akan tukar2 sayur dan buah.. Arissa dh masuk 8 bulan dh, after raya haji plan nak masak pasta plak..dan nak tumis segala makanan dengan bawang + unsalted butter... bahan dah beli cuma xsempat lgi nak try resipi masa weekend hari tuh.. Maaf lah yer gmbar xde yang sempat amik..hehe Nti Fza share resipi lain okey.. 

23 September 2013

Pengalaman Fully Breastfeed

Assalamualaikum semua... Semoga kalian semua sihat hendakNya.. Tengok tajuk post kali ni mcam gerun plak.. Konon byk sgt dugaan dan cabarannya..hihi.. Sebenarnya ni post lama yang tertunda.. Maklumla bz tak sempat nak berceloteh..Lepas ni Fza nak kongsi plak pasal holiday di Krabi,hehe best sgt laaa weii...

Let's start...

Actually Fza fully breastfeed (bf) my little princess Arissa Safiya sampai sekarang ni..Now baby dah 7 bulan++..Cepat sungguh masa berlalu kan..Pejam celik dah 7 bulan si kecik tuh..Dah makin lasak dah dia.. Duduk xdiam langsung..Ada aje benda dia nak buat.. Tapi kan buat la apa2 pun mama tetap happy tgk perkembangan dan tumbesaran anak mama soang ni..Miss & love her damn much...Di awal permulaan menyusu ni sangat la kritikal bagi Fza.sebabnya Fza kan bersalin secara czer..So pergerakan tu terbatas la skit..Nak gerak pun kna mntak bantuan hubby or mak.. If nak bf baby kena mntk tolong orang angkat dan bawa Arissa ke pangkuan Fza.Ha mcamtuh baru boleh nak bf..Tp after 1 week fza dah blh bangun & angkat sndri my baby Tpi kena step by step la.Maybe Fza ni terlalu berjaga2 kot.Fza tengok kawan2 yg lain hri ke 2, 3 dan berjalan laju.. Fza hri ke2 baru bgun tu pun sebab doc dah buang tiub saluran kencing tuh..Bila nk terkecil haruslah kena bangun sndri ke toilet.. hehe 

Masa tu susu pun malu2 nak kuar..Tp alhamdulillah ada la jugak colostrum utk Arissa walaupun skit...Cukup la sebab perut baby masa tu bru sebesar bji guli.. Masa menyusukan my baby ni mmg banyak la dugaan, tekanan dan macam2 lagi.. Pernah jugak ada yang mempersoalkan kenapa nak mnyusu ni? Dan ada yang kta baby tak kenyang la.. Susu xcukup tuh.. Lambat laa.. Arghhh so stress ok masa tuh.. Betol la orang kata nak mnyusu ni kena kuat semangat, kena berjiwa kental kena hadap pe org sekeliling nak kata.. Tapi Fza sangat2 bersyukur sebab my hubby always support me..thanks b.. Pernah suatu ketika Fza jdi down disebabkan terlalu amik kisah dgn ape org kata..Fza biarkan je org nak bagi formula milk (fm)..Tpi kan Arissa tolak fm.. Eh2 macam taw2 plak anak mama ni tu bukan susu mama.. Banyak kali jgak percubaan ni tapi Alhamdulillah syukur sampai sekarang Arissa mmg xnak mnum fm.. Dan syukur jugak masih ada susu untuk Arissa mnum.. Mudah2an boleh la Fza bf Arissa smpai umur 2thn.Tu pun kalo Arissa xde adik lagi laa..Hehe... 

Lagi satu kisah, masa Arissa 6 bulan tu peti ais umah Fza rosak..So habis la ebm yang pnuh peti tu..Huhuhu Sedih gila rasa... Tak penah nak sedih sampai gitu..Mengadakan?? haha.. 1st day peti rosak tuh Fza still boleh bgi bekal susu utk Arissa macam biasa..Hari tu Fza dah start rsau camna la keesokan harinya dan hari2 seterusnya.. Puas pkir nih.. Kat opis Fza akan pam 2x.. Susu tu pn xtaw nak letak mana.. kena habiskan or buang.. Petang tu xde choice Fza ajak hubby g beli fm utk backup in case susu yg dibekalkan xcukup..Sebabnya Fza akan bagi susu yang di pam masa awl pagi jer.. Keesokan harinya Fza bgi la susu yg dipam dan fm sbgai backup.. Tapi Arissa tetap xnak minum fm.. Maybe dia knyang jgak kot sbab Fza ada bekalkan bubur jugak.. dah 7 bulan haruslah makan kan..hihi..Masa kat opis setiap masa pkir cmna nak bt dgn peti tuh..Nak repair terus terang ckp masa tuh xdop pitih... Masa kt opis Fza ada tnya kawan Fza yg jgak fully bf.Dia bgi cadangan suh mtk tlong pengasuh utk tumpang peti dia simpan susu yg dipam hari ni utk keesokan harinya.. Bernas jgak cadangan tuh..cumanya malu segan bagai laaa.. huhu.. Dengan muka xmalu Fza pn msg bs Arissa ckap hal tuh.. Pahtu terus akak tu cakap "Fza akak mmg nak suh Fza simpan je susu yg dipam tuh kt umah akak. Peti akak muat lgi kalo setakat 20 btol".. omg.. akak saya nak simpan dlm 2 3 botol jer... sebabnya ebm semua Fza dh buang sebab cair so xleh bekukan semula...Kat opis plak Fza tumpang peti akak yg berniaga kt pantry tu..mmg hari2 buat muka tebal la cakap "Kak Pah, Fza tumpang peti eh nak letak ice pack n susu"  Beberapa hari jgak laa Fza tumpang peti orang...huhu.. Tak lama pada tu, Mak dan abah baik hati sgt nak bgi duit suh beli peti..Oh tidak..malu okay..ko dah keje apahal mak abah ko plak kena bgi duit lgi.. hoi xmalu ke?? mmg malu beb,tak taw mana nak letak muka ni.. Tapi my parents berkeras jugak nak bagi katanya drg kesian ke Arissa sebabnya dia mnyusu badan kan.... Fuhh alasan mak tok ngn tokwan..mmg sebab cucu.. Tapi Fza dah bgi taw yg Fza mmg akan bayar balik tpi secara ansuran..hihihi... Terima kasih mak abah..Sayang mak abah ketat2... :) 

Panjang plak entry..Sorry yer..Tu jelah kot cabaran paling besar bgi Fza,yg lain tu kecik pnya hal.. boleh handle lagi.. Okay nasihat Fza utk ibu2 di sana, bgi yg niat nak fully bf in sha Allah korang boleh buat..Set ur mind yang uolls nak bf anak..Set your goal.. Mcam Fza set skit2..1 goal bf smpai 6bln..2nd set smpai 1thun.. dan seterusnya sampai la anak berumur 2 tahun.. In sha Allah.. Lagi satu korang kena kuat smangat, cekal hati, keras hati jgak kot.. Selalu berdoa minta Allah tabahkan hati, byakkan susu untuk anak.yg penting selalu amalkan surah Al-hujurat dan surah al-Waqiah.. ingt bf ni konsep dia demand & supply.. Kena rajin pam jugak walaupun kte direct feed baby.. Oeky itu saja perkongsian driku.. Fza pn baru blaja so kalo salah tlong tnjukkan.. hihi 

Happy Breastfeeding... :)


My princess 7 month





31 July 2013

Blebe di pagi Rabu...

Assalamualaikum semua..

Selamat berpuasa...Sedar tak sedar hari ni dah 22 Ramadhan 1434.. Cepat sungguh masa berlalu..tinggal lagi 8 hari jer Syawal akan tiba.. Jadi di akhir-akhir bulan mulia ni marilah kita sama2 mempertingkatkan amal ibadat kepada Allah S.W.T...

Post kali ini, Fza nak kongsi pasal Shaklee...Rasanya ramai yang dah taw kan pasal Shaklee ni..So tak perlu la Fza nak bercerita panjang pasal ni.. Fza cuma nak sharing kisah ni yg berlaku ke atas diriku ini..huhu... Actually Fza Exclusively Breastfeed (BF) my baby..So sebagai usaha dan ikhtiar yg terbaik utk anakku, Fza amik vitamin Shaklee…yakni supplement.. Pada mulanya Fza terjebak dengan Shaklee ni masa preggy..Masa tu HB Low..So try search kat Google ramai yg kata Shaklee adalah supplement yg dapat bantu naikkan HB. Sebelum Fza tekad nak amik Shaklee, Fza dah cuba makan mangikut pemakanan yg dicadangkan oleh nurse/doktor KK suh makan tempe, ikan bilis, kacang dan macam2 lagi la untuk naikkan HB... Unlucky HB Fza tetap low.. Sebab tu la Fza tekad nak cuba vitamin Shaklee ni..Tak salahkan kita mencuba... Start dari tu la Fza konsisten amik vitamin ni sampai la sekarang.. Tapi tak sangka plak ada yang mempersoalkan kenapa Fza amik Shaklee nih... Macam2 Fza dengar orang2 itu bercerita pasal ni.. Di depan pun ada sindir2..dibelakang wallahhualam laa... Tapi xpe Fza dh lama maafkan org2 itu...

Untuk pengetahuan pada yg sering mempersoalkan kenapa Fza amik Shaklee, ini jawapannya… Fza bukanlah seorang yg suka makan sayur, makan buah-buahan , mkn benda2 yang berkhasiat tiap hari.. pemakananku tiap hari ikut suka  ja nk mkn apa… Tapi benda yang berkafein, berangin dan sejuk Fza masih lagi berpantang.. Disebabkan Fza BF my princess Arissa , kalo Fza tak makan benda berkhasiat ni macamana anakku nak dapat nutrien yg cukup..so sebagai langkah ikhtiar, Fza amik la Shaklee… sbab nya vitamin semulajadi…so tak jadi masalah kan.. Kenapa nak mempertikaikan?? Itu satu hal... Kemudian ada yang bertanya ( tak taw la bertanya ke perli, tapi Fza anggap bertanya jelah walaupun cara dan nada seperti memerli) Shaklee ni halal ke tak?? Hello.. Kalo benda tak halal xkan kot Fza nak makan, tak kan kot org nak jual..dah byk tahun dah pun Shaklee kat Malaysia ni , nape tanya soalan nonsense camtuh? Kemudian ada plak yang kata Shaklee ni penyebab Fza naik bdan yg banyak masa preggy... Sebelum preggy berat Fza mmg dah 60++ last before bersalin 81kg... haaa mmg la gemuk nama pun preggy.. Skrang after bersalin berat tgl 50++ je..Tak de plak orang nak bercakap/tegur kan...Sentap!! 

Sekarang ni puji plak sebab makan Shaklee susu badan jadi banyak boleh menyusu anak..Alhamdulillah susu tu ada..cukup la utk BF Arissa.. Shaklee tu sbgai supplement.. Yang penting dgn izin Allah, niat, tekad dan usaha untuk susukan anak... Syukur sangat atas kurniaan Allah S.W.T... Next entry Fza kongsi pengalaman/cabaran menyusukan anak plak...Bagi Arissa cukup 6 bulan dulu.. Ahad ni 4hb genapla Arissa 6 bulan.. Alhamdulillah...

SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR BATIN...

P.S : Entry ni hanya luahan hatiku.sebab dah lama sangat terbuku dalam hati ni... heheeheh...

22 May 2013

Pengalaman berpantang untuk ibu bersalin secara pembedahan - czer

Assalamualaikum semua.. 

Camne korang sihat ker? Alhamdulillah Fiza & baby sihat.. Hari ni bosan sangat2 kat opis ni..Tak tau nak buat apa.. Minggu ni dah 3 minggu fiza masuk keje setelah bercuti selama 3 bulan.. Sejujurnya fiza tak de keje langsung since 1st day masuk keje.. Haa heaven kan..so cmne la orang tak nak sangat masuk keje kt PDRM ni.Walhal tak de la busy setiap masa..Ada masa2 dia saja..Lagipun bos kata nak rehat lepas busy dengan PRU13 yang lepas.. So Fiza pn tumpang sekaki rehat.. hehe.. sistem pun semua dah siap..Tinggal maintain sistem sedia ada je.. Mujur la kan kalo tak setiap masa je ada je orang mohon suh bangunkan sistem baru.. Eh melalut plak.. okey meh fiza share cara berpantang selepas bersalin secara czer..

Actually Fiza berpantang secara moden.. Means no jamu no pilis no tunku bagai..Sebab tak tunku tu of cos la sebab czer kan.. Awal2 ni tak leh nak czer lagi..dah byak bulan boleh la kan.. Tapi ada je org buat cumanya fiza tak berani nak amik risiko.. Sepanjang berpantang fiza amik set bersalin shaklee.. Nape fiza pilih Shaklee utk berpantang? salah satu sebab shaklee ni vitamin semulajadi..Lagipun lebih SELAMAT dan UNIK.. alhamdulillah lpas cnsume shaklee ni susu meriah..cukup la utk breastfeed Arissa dan buat stok EBM untuk dia... Terima kasih ya Allah..

Masa berpantang fiza hanya minum 1/3 air dari gelas..sikit sangat tapi boleh kerap kali la... mak kata kalo minum air byak nti rahim kembang.. Air pulak just minum milo panas or suam.. cicah dengan biskut kering.. Kadang kak ana yg jaga fiza masa berpantang ada buatkan lempeng kosong..Bahan lempeng tu tepung gandum, air dan gula sahaja.. disebabkan lapar so makan jugak la..hehe Untuk makan tengahari pulak 3mgu awal makan nasi putih sikit je + ikan haruan masak air(bawang merah,putih,halia,knyit) + sayur sawi.. itu je tiap2 hari.. dah lama sikit mak masak ikan tenggiri bakar or goreng.. kemudian makan ayam... sikit2 makan..bukannya ape kalo makan awal ayam takut gatal plak kat luka kan.. Masa kak ana yg jga fiza dia ada masakkan ikan masak kuning.. xtaw la masak ape tapi sedap ok.. Dah lepas tempoh berpantang baru fza try makan kari, sambal bagai.. Tapi utk first try tu just dlm kuantiti yg sedikit.. kalo xde rse sakit next boleh la lebihkan kuantiti makan.. macam tu la mak suh buat utk tidak memudaratkan kita.. buah pulak fiza just makan oren sunquick.. kebetulan masa tu raya cina byak laa limau mandarin ka tpi mak xkasi makan limau mandarin..hnya oren sunquick ja blh.. smp skrg fza hnya mkn buah tuh..buah lain xtry lgi..hehe

Masa berpantang fiza berurut setiap hari kecuali jumaat dan sabtu sebab kak ana yg jga fiza balik umah msa tuh.. ahad baru dia dtg semula.. fiza tak bertunku sebab nya czer.. amik masa baru blh bertunku bagai..tpi fza ada pakai belt yg mil bagi..best belt tuh rse pnas jer..ada infrared kot.. tpi skrg jarang2 pakai..time rjin pakai la..hehe.. mungkin sebab fiza fully breastfeed baby tu perut cpt turun kot even tak bertunku.. tapi skrg macam buncit balik jer... minum air byak kot..hehe pahtu stokin kaki mmg tak tinggal..pakai setiap hari dan setiap masa.. sebab sejuk..hehe ngada plak yer..itu je laa kot.. ok la dah tak de idea..ngantok pulakk... jumpa next entry plak ..tak taw bila tahun nk update plak..hihi.. bye uolss..


10 May 2013

~ Kronologi bersalin puteri sulungku~

Assalamualaikum uollss...
 
Macamana korang sihat? Lama tak update post ni.. Maklumlah busy sjak jadi mama ni.. Terasa hidup ni berubah 360 darjah.. hehe.. Sementara nak biasakan diri kan.Awal2 ni terkial-kial la lgi..Pejam celik baby Arissa dah 3 bulan.Cepat sgt masa berlalu.. Hari ni 1st day fiza masuk keje after cuti pnjang.. so far xde keje lagi so ada masa la nk update blog ni.. Rindu plak kt Arissa..3 bulan xpernah berenggang ngn dia kn mau xrndu..Mama harap Arissa ok2 saje dok ngan pengasuh tu..Arissa before ni xnak mnum susu thru botol..Alhamdulillah semalam Arissa mnum jgak.. Betol ckp kawan fiza, baby ni kalo kite anta kt BS dia pndai bawa diri..

 
Post kali ni nak cite kronologi bersalin my little princess..Alhamdulillah fiza dah selamat bersalin pada 4 Februari 2013.. Puteri sulung fiza dan suami, Arissa Safiya Bt Ali Badruddin.. puteriku ni juga hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama..Syukur ya Allah di atas rezeki dan hadiah yg tidak ternilai ini... Akanku jaga, belai, didik sehingga menjadi hamba Allah yg beriman & berjaya di dunia dan akhirat..amin..
 
Moh le baca!! :)

 
29 Januari 2013 (Selasa)

 
Appointment dengan doc.lucky sbab hari tu kawan mak(jiran lama jugak)yg bertugas..dia ni pakar kt hosp Sultanah Bahiyah.. Dr Zubaidah nama dia. check dan baby still breech@songsang.. dia decide suh admit wad pada hari Sabtu untuk preparation for ECV.Nak taw ECV tu ape sila google.. dlm bahasa kampung, teknik pusingkan baby kpda keadaan normal..Ala mcam bidan urut dok buat tuh.. Actually fiza dah pegi berurut dgn bidan tapi Allah Maha Kuasa baby xnak pusing jugak..

 
2 Februari 2013 (Sabtu)


Lebih kurang pukul 4 ptg mcamtuh fiza, suami dan mak pegi ke PAC Hosp Sultanah Bahiyah untuk checkup dan urusan utk admit wad sebelum ECV dilakukan.. Masa scan doc inform baby masih lagi breech tapi keadaan baby normal..so fza kena admit wad ptg tu jugak utk preparation ECV keesokkan harinya.so kena start berpuasa.. fza sgt lucky sbab mak temankan fza tdo di wad..spatutnya xbleh kan..disebabkan mak dok mngajar kat wad tu so kawtim baik la dgn nurse2 kat wad tuh..Lagi satu sebab fza dok bilik soang..so bolehla nak teman..klo dok katil luar yg org ramai tu cnfirm xbleh sb nti org nmpak pe plak kte drg kan..tapi sedih ya amat tgk mak.. mak byk sgt berkorban utk fza..terima kasih byk mak..tidak terbalas jasamu.. syg mak sgt2..

 
3 Februari 2013 (Ahad)

 
Seawal pagi nurse dah kejutkn utk check bp dan prepare utk masuk labour room.. Masa tuh perasaan takut, risau sume ada.. pukul 8 pagi mcam tuh dah berada di labour room.. Masa tu dengar macam2 suara dok menjerit,menangis, mengerang kesakitan dan sewaktu dengannya.. Masa tu terpikir sakit nak beranak ni mcm sakit gile je ble dngar drg menjerit bagai..uishh gerunn jerr...then, before nk buat ECV tu dktor check up again.. Unlucky masa tu doktor ckap low potassium so xbleh proceed for ECV..kena bt correction..means kn tmbah garam dalam bdan.. So start la drip masa tu jugak.kna drip 5 botol tpi xsempat hbis pn..sakit kot drip garam ni.. ECV tunda ke esok pgi plak..pahtu nurse anta wad semula.. dah xjdi ECV fza pn buka la puasa.. Tenghari tu fza melantak la makan bagai sebab xjadi buat kn..hehe ptg tu request kt hubby nak mkn kfc.. Masa waktu melawat hubby dtg bawa kfc.. Ya Allah terharu plak rasa..terima kasih byk2 hubby.. Malam tu kena start puasa semula..malam tu jugak hubby message smpena anniversary ktrg pada keesokkan hri nya..sedih bce msg hubby mlm tuh..menitis airmata gak masa baca tuh..tq hubby..i love u so much forever n ever..


Okeh smpai saat yg bermula sakit..kol 3 pagi mcmtuh fza dh mula rasa sakit dia dtg 30 min ke 15 min sekali.. mmg sakit tpi xlama mcmtuh fza tertdo jugak..masa tu xbudget pn tu cntraction..

 
4 Februari 2013 (Isnin)

 
pagi tuh macam smlam jugak nurse kejutkan utk amik bp dan preparation utk proses ECV.. Seperti biasa kol8 nurse anta pegi labour room.. masa tu xde plak rasa sakit.. doktor check tpi still low potassium so xbleh proceed ECV..Kena tmbah drip lagi.. so balik semula wad.. masa tuh mak cakap makan la dah xjdi buat so buka la puasa..apa lgi fza hentam sepinggan nasi lauk ayam.. lpas makan tu tiba2 sakit dtg semula..kali ni sakit dtg 10min skali phtu 5 min sekali.. terus bgi taw mak kte dh xtahan sakit..phtu doktr dtg check bukaan.. masya Allah masa tuh dh buka 2cm.. sakit gile walaupn bru 2cm..doktr ckp kena czer jgak tpi malam..sebab fza dh makan..so doktr suruh puasa semula.. phtu drip garam dipercepatkan.byangkan sakit cntraction lgi sakit drip garam lgi.. kol 1 mcmtuh tgk ada turun darah..ckp kt nurse dah xtahan rasa mcm nak terberanak jer.. mntak percepatkan masuk OT.. mmg dah xbleh tggu malam dah..rasa mcm nk jerit suh doktr czer msa tu jgak.. doktor ni mcam serba salah nk proceed czer dia kte sb blum ckp jam puasa..baru bpe jam fza puasa.. tpi dah sakit cmne..huhu.. fza dah berjurai airmata..kelu dah xterkata..menahan sakit jer.. kol 2 mcmtuh nurse dtg nk buat preparation utk czer..ktenya doktr dh kasi green light masuk blik OT.. masa tuh sakit hnya Allah yg taw.. dh selesai tkar bju bgai nurse pn tolak pegi blk OT.masa tuh kna tkar troli tuh nurse suh fza mengesot pegi troli seblah..huhu kjamnya rse..sakit jgn kta la msa tuh..phtu masuk la blik OT..masa tuh doktr suh bgun duduk peluk bantal sb dia nk cucuk epidural.. Ya Allah lgi skli tekanan rsa.. sakit tpi gagah jgk bngun..after cucuk epidural terus hilang rsa sakit..pnggang ke bawah pn xrse pape..msa tuh la drg operate perut..xrasa sakit tpi rsa la org dok main perut kita.hahaha dlm OT tu siap drg pasang radio lagi, sembang, men game, gelak ketawa.. xsangka kan..ingt kan pasang ayt al-quran ke pe..ni lain plak..

Pukul 4.12 ptg selamat la Arissa Safiya lahir ke dunia ni.. Ada yg kata beranak czer ni xde nikmat bersalin la, byk dosa kat suami la..xsakit la..mcm2 laa .. fza walaupn bersalin czer dpt jugak rase sakit cntraction bukaan.. tapi bgi fiza walau apa cara sekalipun kte bersalin semua tuh dah ditetapkan oleh Allah s.w.t..Takdir..sudah tersurat mcm tuh..Sape kte nak mempersoalkan kehendak Allah.. Rasanya semua org nak bersalin scra normal kan.. xkisah la asalkan baby sihat.. tak dinafikan kalo kte czer mmg bnyak bnda kna jaga.. tapi xde la susah sgt mcm org dok ckap tuh.. Tapi harapan fiza nxt baby jika diizinkan Allah nak jugak merasa normal.. satu pesanan utk semua, if bersalin czer lepas operate tu disaranakn utk tido flat tanpa bntal selama 8jam.. itu nasihat mak fza utk elakkan pening kpla dan perjalanan darah tu elok..

Ok lah..next post fza kongsi pengalaman berpantang plak utk org czer.. masa pantang mmg mak suh btul2 pantang punya.. fuhh rase lama gile nak hbis 45 hari tuh.. tpi best sb ada baby..blh peluk cium baby tiap hari... hehe.. okey chill!!



Arissa 3 bulan.. :)

31 March 2013

Alhamdulillah, Syukur..

Assalamualaikum semua..

Sudah lama tak update blog ni.. Berbulan-bulan dah rasanya.. Sibuk dengan kehidupan dunia..Fiza oh Fiza... Teruk betoi.. hehe..
 Entry kali ni just nak share yang Fiza dah selamat bersalin puteri sulungku Arissa Safiya Bt Ali Badruddin pada 4 Februari 2013 @ 4.12 petang secara czer... Kenapa Fiza bersalin secara czer tu nanti Fiza akan share kt lain entry yer..Maybe entry tu akan panjang..hehe Sebabnya banyak benda yang terbuku dalam hati ni yang perlu diluahkan.. Jauh dilubuk hati memang sedih sangat tapi apakan daya kita hanya manusia biasa,tak dapat nak lawan takdir Allah..Walau apa cara sekalipun kita bersalin just ingat ini semua takdir Allah, Allah dah tetapkan segalanya.. So Fiza dah redha dan bagi Fiza setiap yang berlaku pasti ada hikmah.. Kena jaga lebih if kita bersalin scara czer ni. Alhamdulillah dah selamat pun tempoh berpantang.Pasal berpantang pun akan cite lain entry yer.. hehe...
Jom tengok pics my princess..


 Hari 1 - Our little princess


1 bulan 3 minggu - Buah hati mama 


Syukur di atas kurniaan cahaya mata ini. Akanku jaga, belai dan didik ke arah jalan Allah s.w.t... Pleasa pray for me..
Okeh itu saje... Terima kasih kerana sudi baca..chill!!!