Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

27 March 2012

Misi Apam Polkadot

Salam... Hi uolssss.....

Sekarang ni Fza tengah mengantuk..sedang menahan mata... So utk tahan supaya tak tertido, Fza nak share ngan korang resipi apam polkadot... Resipi ni maksu Fza bagi... Fza just ikut resipi dia..Ahamdulillah jadi...Sedap gitu..hehe.. opssss terpuji plak... Apam ni Fza buat ngan hubby..dah 3 kali Fza buat apam ni sepanjang mgu lpas...Bukan ape hubby semangat nak buat..hubby yang timbang bahan... Then kitorang buat dot same2... Sweet kan hubby.. :) Ok mari kte tengok...


Apam Polkadot

APAM POLKADOT
Bahan-bahan

• 3 biji telur - dari peti sejuk

• 275 gm tepung gandum

• 220 gm gula halus - kurangkan if xnak manis sgt

• 150gm susu segar (Fza guna susu kotak Low Fat)

• 3 sudu teh baking powder

• 1 sudu kecil ovallete

• Filling blueberry/coklat secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

• Pewarna



Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry/coklat filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.



Sedikit pesanan utk korang :

 
• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi. Tapi Fza guna multi cooker...xboleh nk adjust api... :)

• Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Okeh Selamat Mencuba!!! :)