Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

01 July 2014

Maafkan orang hati kita akan lebih tenang.....

Assalamualaikum & Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam..

Bismillahhirrahmannirrahim....

Fuhhh tajuk post kali ni ... Tepuk dahi jap... Sedar tak sedar hari ni dah hari ke2 kita berpuasa. Semoga tahun ini diberi keizinan dan kekuatan oleh Allah s.w.t untuk berpuasa penuh sebulan..In sya Allah..

Seperti biasa blog ni adalah tempat untuk si empunya diri meluah rasa... huhuhuh... Kepada yang tak suka boleh pergi main jauh2.. sudah masuk hari ke4 hati ini telah dilukai..chewaahh... tapi serius memang menusuk kalbu... Ambik masa jugak untuk memaafkan org yang melukakan hati ini.. Tak tahu lah kenapa nak terasa sangat... Sensitif...

Legaa hati bila dapat block org berkenaan di facebook. Kenapalah ada orang macam tuh dalam family yang bagi aku adalah family yang sangat sangat baik, kuat hubungan persaudaraan yakni rapat, akrab dan seangkatan dengannya.

Hati aku tersentap, lidah aku terkelu bila aku dimalukan sebegitu depan orang.'orang' tu bukanlah orang lain tapi orang yang penting dalam family itu. tak perlu la aku mention siapa... Prinsip aku senang je, sape2 tak suka, rse annoying,menyampah dan sebagainya boleh laaa unfriend facebook aku tuh. tak pun block jela aku... aku tak hadap pun semua nih... aku akan ingt kata2 orang tuh.. rasa aku tak pernah aku post negatif kat fb aku tuh. setakat luahan rasa suka duka, share pic tu semua untuk aku kongsi dgn family aku yang jauh. family aku bukan macam family kau yang sejam dua kau dah boleh sampai dan jumpa... 

Ayat yang paling aku rasa menyampah bila kau kata macam ni,

"Fiza, kat facebook kita tak payah laa post negatif, sebab nanti bila org yang negatif kat kita akan doakan perkara negatif untuk kita. kita patut post yang positif jer..macam *** suka post pasal positif jer..cuma sekarang je jarang post sebab sibuk dengan anak. tak ade masa untuk sendiri"

Aku blh terima nasihat ko tuh cumanya bila masa aku post negatif?? bila masa aku maki hamun org, kata kat orang??? ko cakap mmg bagus.. ni baru aku nak kta kat kau.. semoga lepas ni dalam setiap kata2 kau tak perlu la mention sibuk dgn anak, tak de masa sndiri sebab urus anak, semua alasan anak.. tau tak anak tuh rezeki ??? anak tu amanah Allah... kenapa kau nak merungut macam tuh?? ni bukan kali pertama kau kte mcam tuh ,berkali2 dah..

habis bab facebook, kau masih xpuas hati bahan aku kan... pesanan aku tak perlu la kau nak sibuk2 hal rumah tangga aku, kerjaya aku...tak perlu la ko nak promote aku jadi cikgu tadika... aku tahu cikgu tadika tu kerja yg mulia... tapi apa motif kau ckap macam tu depan org-org yang aku sayang. kau saje nak jatuhkan air muka aku... aku taw kau hebat..kau jutawan... kau solehah kan... aku tak delah bercita-cita tinggi nak jadi jutawan, kaya raya, cukup dgn apa yang ada... tak perlu ko risau tentang kehidupan aku..setiap kali jumpa aku soalan kau mesti samakan.. "sampai bila fza nak hidup ditakuk yg sama".. Aku percaya pada rezeki dan takdir Allah... 

lagi kau tak habis nak sakitkan hati aku. kau takutkan aku dengan kata2 kau.. "Fiza tak baca ker banyak kt internet tulis pasal risiko bersalin after czer kalau tak jarakkan 3tahun dengan 1st pregnancy?? rahim boleh pecah tau... bla..bla...bla "
arghhh.. lantak kau laa...rezeki Allah bagi sape aku nak tolak dan menidakkannya... Bagi aku anak tu rezeki, amanah Allah..aku akan jaga sebaik2nya,didik sampai jadi hamba Allah yang solehah. kalau kau dah tak nak anak tak payah laaa nak kata mcam2..lagi2 pada orang yang inginkan anak tapi belum diberi rezeki..

kau menyindir aku lagi kau cakap macam aku ni tak pernah bersujud sebab tu anak aku songsang... kau dengan riak bgi tau yang kau selalu buat solat tahajud, solat hajat... sebab tu anak kau boleh lahir normal kan?? kau ingat aku minta ker nak bersalin czer.. ko ingt tiap malam aku doa nak czer??? siapa aku nak tentukan semua tuh? andai satu masa nanti kau ditakdirkan pregnant lgi dan kau terpaksa bersalin czer, kau akan rasa apa yg aku dan kawan2 lain yg czer ni rasa... semua ni dugaan/ujian Allah untuk aku.. aku dah redha dengan apa yg berlaku.. ko tak perlu nak mengungkit2 lagi sbab aku dah REDHA...   

arghhh dah laa..malas nak ingt balik kata2 kau yang menyakitkan hati..banyak lagi kata2 kau tuhh..ni bukanlah kali pertama tapi sudah keberapa kali entah lah... di bulan yang mulia ni aku maafkan semua kata2 kau pada aku dan family aku.. aku tak taw rasa hormat aku untuk kau masih ada ataupun tak.. doa aku semoga kau dapat apa yang kau impikan.. 


**** Tenang sikit hati ni ****
Astagfirullahhala'zim...Allahuakbar...