* FOLLOWERS *

24 October 2011

Kursus Kahwin Di Masjid Negara...

Salam & Hi uolsss....

Ape khabar sume hari ni?Sihat ke? Alhamdulillah semalam Fza dah selesai sudah Kursus Kawen untuk kali ke 2... Actually Fza dah penah pegi Kursus Kawen ni beberapa tahun yang lepas.. Masa Fza pegi tu tak bersama En Tunang.. Masa tu Fza pegi ngn kawan follow Kursus untuk student2 mak.. So untuk kali ni, Fza pegi lagi sekali sebab nk pegi dgn En Tunang.. Kitorang pegi Kursus ni dkt Masjid Negara.. Best sangat kat sini sebab berpeluang ke Masjid Negara..Sebelum ni Fza just lalu je tapi tak penah singgah pun..Padahal opis belakang ni jer.. Teruk kan!!! hehe... 

Rase tenang je kat sini taw... Paling best kat sini, kitorang berpeluang sembahyang jemaah bersama2, penceramah pun best2..Fza gelak/ketawa sampai meleleh2 airmata..Maklumla tawa dalam tangisan.. hehe... Makanan pun sedap2.. Dah tu dpt plak voucher hadiah perkahwinan.. :)

Antara voucher2 yang dapat:

1- RAWATAN WAJAH VITAMIN C (2 JAM)Dr.Azimuth Bioherbal - VOUCHER BERNILAI RM128

2- RAWATAN RAMBUT / SPA RAMBUT Dr.Azimuth Bioherbal- Voucher bernilai RM100.00

3- Terapi pelangsingan Dr. Azimuth Bioherbal (wanita shj) - Voucher bernilai
RM200

4- Rawatan Kecantikan Wajah - Soft Laser voucher bernilai RM160

 (CREDIT TO : Kursus Kahwin-PPKI)


So berbaloi la kan dengan apa yang kita bayar & dapat... So kepada b2b ke kawan2 ke yang masih tercari2 dimana tempat nak berkursus kat sini lah tempatnya... :)

KURSUS KAHWIN MASJID NEGARA - PPKI

Booking email : kursuskahwinppki@gmail.com

Booking SMS :
(MASJID nama penuh / nama pasangan dan tarikh kursus) 
Hantar ke 013 - 3866086

En. Shaiful Nizam (013-3866086) untuk sebarang pertanyaan 


 Orait jumpa lagi... selamat berkursus!!! :)