Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

10 October 2011

Tips Peperiksaan Undang2 Kerajaan

Salam korang sume... Hari ni nak kasi tips skit untuk semua calon Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan pada esok hari. Tips ini khas jugak untuk diri sendiri sebab sok Fza pun nak amik exam nih.. Cuak,takut, risau sume perasaan ada la.. hehe Doakan Fza berjaya yer kawan2... :)

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.


Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

1. Fahami isi kandungan buku undang-undang terbitan kerajaan seperti Arahan Keselamatan, PKPA dan Arahan Pentadbiran. Sekiranya ditanya soalan berkaitan cuti contohnya, anda seharusnya tahu bab mana yang perlu dirujuk.

2. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan subjektif dalam masa 3 jam.

3. Paling penting pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Tulisan calon turut memberi kesan terhadap pemberian markah.

4. Disebabkan peperiksaan ini dilakukan secara “open book“, maka pastikan anda membawa ketiga-tiga buku undang-undang seperti yang telah dinyatakan. Tiada siapa yang akan meminjamkan kepada anda buku tersebut sekiranya anda lupa untuk membawanya pada hari peperiksaan.

5. Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu. :D

6. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……

7. Disebabkan masa yang agak terhad untuk menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam, maka sebolehnya anda menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan cuba elakkan daripada pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.

8. Bertawakallah selepas selesai menjawab, semoga anda kite berjaya! :D 

Credit to: Mohd Hafez

03 October 2011

Monday Blues.... October!!!!

Salam uolllsss....

Seperti biasa hari Isnin confirm malas nk keje..Badan je kat opis tapi bukan di sini.... hehe... Dari pagi tadi sampai la skunk Fza xbuat keje pape lagi... Aduh makan gaji buta plak hari ni..hehe.. Hati xsenang la der... Kepala otak dok pikir duit semalam yang ditelan ATM .. Banyak okey amountnye!!! huhuhu... So, pikir2 hari ni nak mtk half day la..Nak g bank tu semalam nak settle pasal duit yang ditelan tuh... Agak2 bos bagi x yer????

Fza nak update skit pasal preparation kawen. Sabtu lepas Fza & En Tunang pegi Lowyat dengan tujuan nak pegi repair hndset yang dah lama rosak tapi xsempat nak repair, nak pegi anta repair camera abah & nak pegi usha handset.. Pusing pnya pusing last2 bukan usha hndset tapi usha kamera... Ali plak berkenan habis dah dengan Nikon D3100.. So tny2 harga la cmne kan..Korang rse2 kan kitorang beli x??hehe....


Then, kitorang pegi Mid valley dengan harapan nak pegi WAH CHAN sebab nak repair my ring yang dah xserupa ring dah...Tapi WAH CHAN kata xbleh nak repair.. Diorang suh trade in n amik cincin yang sebijik dgn asal tapi emas 750.. Mahal plak tuh... Hello cincin asal ni 916 kot.... So kitoang x termakan dgn pujuk rayu diorang.. Then , Fza ajak Ali pegi TOMEI... Sebab member Fza bagitau design kat TOMEI lagi cantik2 dari WAH CHAN , POH KONG n bagai... So pegi la.. Syok sangat bile org TOMEI tu cakap dia bole repairkan cincin tu FREE!!! FREE OK!!! Ape lagi melompat seronok le Fza ni..(haha, tipu..Fza sopan okey....) Sambil menunggu cincin tu di repair Fza pun usha la gelang tangan untuk dibuat batal air sembahyang time nikah nanti.. Sb dari awal td
Ali dah tanya hrga emas on that day bpe.. FYI, hrga emas on that day RM189/gram.. emas tgh turun skunk ni.. Sebelum ni kan naik mendadak.. Tengah trun so ape lagi... :)

Tu cite hari Sabtu, ni cite hari Ahad plak yer kawan2... Hari Ahad tu first sekali kitorang pegi ATM untuk amik duit sebab nak bayar deposit untuk Butik Pengantin.. Tapi malangnya seperti Fza cite awal tadi, duit kena telan.. Telan tu means kuarkan duit tapi dia xkuar amount dh ditolak dr akaun..Aduh sangat sedih okey!!! Sebab mmg kitorang nak guna duit tu.. So APe blh buat bersabar je lah.. Duit pasti akan dapat balik cuma lambat jer..Maybe proses dia 2 mgu...waaaaa..sob ..sobb.... After tu kitorang pegi Jusco Bkt Raja.. Saje pegi jalan2...usha2..mana taw ade barang hantaran lain yang boleh dibeli... hehe.. Kebetulan plak JJ ada buat Member Sales Day.. Usha pny usha ada plak kasut yang Fza berkenan & En Tunang plak berkenan jam.. So En Tunang kata kalo berkenan kite beli yer!! yeyayyy kasut & jam dh beli...
Lega dah settle sikit... Banyak benda lagi nak kena pikir ni.. tak pe step by step yer yunk!!!... 

Okey la dah panjang lebar dah ni..Tah ade orang bace tah xde....haha Ape pun Fza bace okey!!!! Okey uollsss ...See u next entry... U follow I, I follow U... (Otak dah weng2 ...huhuhu....)

BYE......