Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

17 December 2012

Ostematrix Membantu Ibu Hamil Yang Kurang/Tidak Minum Susu


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,


Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.



Lebih daripada Sekadar Kalsium

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga membantu untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Mungkin ada dikalangan kita sukar untuk minum susu, bagi menampung keperluan kalsium harian anda bolehlah mengambil Ostematrix (Kalsium Magnesium) sebagai makanan tambahan.


  Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Di antara kebaikan ostematrix adalah :

• Membantu mengurangkan risiko Osteoporosis.

• Membekalkan satu matriks zat-zat penting yang unik serta melebihi kalsium untuk membina, pembentukan dan melihara tulang dan gigi yang kuat.

• Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

• Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

• Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, rentensi air, mudah meradang dan kemurangan.

• Mudah diserap dalam badan serta-merta.

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam Ostematrix membekalkan:

• 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

• 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

• 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

"Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan"



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Kredit to Shaklee



Jika anda berminat untuk mencuba supplement Shaklee boleh hubungi saya di:

Facebook : Fiza Zainol
Shaklee ID : 907011
No .Telefon :  017-4045096 (call / sms / whatsapp)
Email : fizar_04@yahoo.co.uk


 








14 December 2012

Percutian di Melaka a.k.a Babymoon

Assalamualaikum sume... 


Ni entry yang dah basi.. Dah lama peram kt draft.. hehe.. Fiza nak kongsi sikit pengalaman Fiza masa pegi Melaka pada cuti Awal Muharram & Deepavali yang lepas. Plan asal Fiza nak sangat ajak hubby pegi Cameroon Highlands. Niat dihati nak pegi petik strawberry sambil tu bersiar2 kat Ladang Teh...hehe.. Tapi hubby tak nak sebab sekarang kan musim hujan..so kitorang ubah plan la pegi Melaka.. Actually Melaka ni pun best jugak..Banyak tempat bersejarah & menarik yang kita boleh lawat.


Kitorang bertolak 14hb Nov lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tuh.. Saje la Fza kasi chance kt hubby nk bangun lambat skit..sebab before tu hubby keje kan. Tempat pertama yang kitorng pegi adalah Restoran Asam Pedas Hajjah Mona.Restoran ni kat Kota Laksamana. Fza just tnya officemate kt mana ada restoran asam pedas yang sedap.then dia cakap kt Kota Laksamana ni..Fza try google then ramai yg review kata Restoran Asam Pedas Hajjah Mona ni sedap... So kitorang try la.. Memang sedap la.. Habis kitorang pulun makan..Tambahan plak tengah lapar masa tuh..hehee..




Tempat seterusnya kitorang pegi Muzium Samudera (yang kapal besar tuh), Menara Taming Sari (Syok ooo naik Menara Taming Sari ni. Hubby siap sewa teropong lagi), Kota A Famosa (penat gile panjat tangga sampai ke atas..ku gagahi jugak membawa perut..hehe), Coconut Shake Pantai Klebang (yummy, sgt sedap..maklumlah dah lama Fza xminum air kelapa ni..dpat shake pn jadila), malam tu pulak kitorang naik Cruise River (cantik lampu2..paling Fza suka Kg Morten, bersih jer kg tu..Hubby cakap bil elektrik Kg tu ditanggung oleh kerajaan negeri sebab diorang diarahkan untuk pasang lampu kt umah sepanjang malam), lepas tuh Fza ajak hubby pegi makan kat Umbai..Selalu dengar kawan2 kata makan ikan or seafood kt sana best so ape salahnya kitorang cuba dah alang2 kat sana kan.. Fza xingt plak nama kedai yang kitorang pegi makan tuh..Kedai tu kat tingkat atas dan berdepan dengan pintu masuk utama...Habis makan kitorang balik tido kt Hotel. Sok pagi check out terus balik KL.. Simple kan percutian Fza & hubby :)... Fza tempek kt bawah ni beberapa keping gambar yg kitorang ambil xde la bnyak sangat sebab kitorang xbanyak ambil gmbar pun..Lebih banyak menghayati pemandangan dan keadaan persekitaran.. Haha Poyo je kan...



My lovely husband



Baby bump, Masa ni kandungan baru nak masuk 7 bln

Ok la kan dapat bercuti kat Melaka..Tengok tmpat org..Padahal dah penah pegi masa rombongan sekolah dulu2..Xpe tu lain..yg ni special skit sebab pergi dengan hubby.. Next year, In Syaa Allah nak plan bawa our sweetheart pergi melancong.. Ke mana tuh kena tengok tiket flight la yang mana murah..

Yang ada dalam list :

1. Krabi (teringin sangat nk pegi dari dulu sebab pemandangan kt sana Subhanallah cantik sangat)
2. Phuket (Phuket pn cantik tapi macam risau plak ble pikir Tsunami.. hehe )
3. Semporna, Sabah ( kalo pegi sini boleh ajak hubby pegi umah mak angkat..smbil tuh boleh pegi Pulau Mabul or Sipadan... Coral kat sana sangat cantik ok.. Dulu dah penah pegi masa study kt uitm..Kali ni nak pegi dengan hubby & sweetheart..)
4. KK, Sabah (ni pn teringin jgk nak pegi walaupun dah penah pegi dulu)
5. Ho Chin Minh, Vietnam .. Nak shopping.. :)

Hubby selalu cakap, "syg tu sume tmpat dah penah pegi..Dulu jnji dengan B nak naik flight 1st time sesama ngan B"...hehe Sori B masa tu uitm bawa pegi free..so pe lagi pegi je la... Masa pegi program anak angkat tu la 1st time Fza naik flight..Lepas tu bile dah keje swasta selalu jgk balik Alor Star naik flight.Masa tu berlagak xnak naik bus..haha haa skrang ni padan muka balik naik kete jer.. Hubby plak 1st time naik flight mmg dengan Fza..Masa tu kitorang pegi honeymoon kt Bandung... Betul2 tepati janji suamiku ni.. :) okey la dah pukul 5 so Fza nak siap2 nak balik umah..Hari jumaat kalo lewat seminit pun jem x ingat..

Selamat bercuti semua !!!