* FOLLOWERS *

14 December 2012

Percutian di Melaka a.k.a Babymoon

Assalamualaikum sume... 


Ni entry yang dah basi.. Dah lama peram kt draft.. hehe.. Fiza nak kongsi sikit pengalaman Fiza masa pegi Melaka pada cuti Awal Muharram & Deepavali yang lepas. Plan asal Fiza nak sangat ajak hubby pegi Cameroon Highlands. Niat dihati nak pegi petik strawberry sambil tu bersiar2 kat Ladang Teh...hehe.. Tapi hubby tak nak sebab sekarang kan musim hujan..so kitorang ubah plan la pegi Melaka.. Actually Melaka ni pun best jugak..Banyak tempat bersejarah & menarik yang kita boleh lawat.


Kitorang bertolak 14hb Nov lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tuh.. Saje la Fza kasi chance kt hubby nk bangun lambat skit..sebab before tu hubby keje kan. Tempat pertama yang kitorng pegi adalah Restoran Asam Pedas Hajjah Mona.Restoran ni kat Kota Laksamana. Fza just tnya officemate kt mana ada restoran asam pedas yang sedap.then dia cakap kt Kota Laksamana ni..Fza try google then ramai yg review kata Restoran Asam Pedas Hajjah Mona ni sedap... So kitorang try la.. Memang sedap la.. Habis kitorang pulun makan..Tambahan plak tengah lapar masa tuh..hehee..




Tempat seterusnya kitorang pegi Muzium Samudera (yang kapal besar tuh), Menara Taming Sari (Syok ooo naik Menara Taming Sari ni. Hubby siap sewa teropong lagi), Kota A Famosa (penat gile panjat tangga sampai ke atas..ku gagahi jugak membawa perut..hehe), Coconut Shake Pantai Klebang (yummy, sgt sedap..maklumlah dah lama Fza xminum air kelapa ni..dpat shake pn jadila), malam tu pulak kitorang naik Cruise River (cantik lampu2..paling Fza suka Kg Morten, bersih jer kg tu..Hubby cakap bil elektrik Kg tu ditanggung oleh kerajaan negeri sebab diorang diarahkan untuk pasang lampu kt umah sepanjang malam), lepas tuh Fza ajak hubby pegi makan kat Umbai..Selalu dengar kawan2 kata makan ikan or seafood kt sana best so ape salahnya kitorang cuba dah alang2 kat sana kan.. Fza xingt plak nama kedai yang kitorang pegi makan tuh..Kedai tu kat tingkat atas dan berdepan dengan pintu masuk utama...Habis makan kitorang balik tido kt Hotel. Sok pagi check out terus balik KL.. Simple kan percutian Fza & hubby :)... Fza tempek kt bawah ni beberapa keping gambar yg kitorang ambil xde la bnyak sangat sebab kitorang xbanyak ambil gmbar pun..Lebih banyak menghayati pemandangan dan keadaan persekitaran.. Haha Poyo je kan...



My lovely husband



Baby bump, Masa ni kandungan baru nak masuk 7 bln

Ok la kan dapat bercuti kat Melaka..Tengok tmpat org..Padahal dah penah pegi masa rombongan sekolah dulu2..Xpe tu lain..yg ni special skit sebab pergi dengan hubby.. Next year, In Syaa Allah nak plan bawa our sweetheart pergi melancong.. Ke mana tuh kena tengok tiket flight la yang mana murah..

Yang ada dalam list :

1. Krabi (teringin sangat nk pegi dari dulu sebab pemandangan kt sana Subhanallah cantik sangat)
2. Phuket (Phuket pn cantik tapi macam risau plak ble pikir Tsunami.. hehe )
3. Semporna, Sabah ( kalo pegi sini boleh ajak hubby pegi umah mak angkat..smbil tuh boleh pegi Pulau Mabul or Sipadan... Coral kat sana sangat cantik ok.. Dulu dah penah pegi masa study kt uitm..Kali ni nak pegi dengan hubby & sweetheart..)
4. KK, Sabah (ni pn teringin jgk nak pegi walaupun dah penah pegi dulu)
5. Ho Chin Minh, Vietnam .. Nak shopping.. :)

Hubby selalu cakap, "syg tu sume tmpat dah penah pegi..Dulu jnji dengan B nak naik flight 1st time sesama ngan B"...hehe Sori B masa tu uitm bawa pegi free..so pe lagi pegi je la... Masa pegi program anak angkat tu la 1st time Fza naik flight..Lepas tu bile dah keje swasta selalu jgk balik Alor Star naik flight.Masa tu berlagak xnak naik bus..haha haa skrang ni padan muka balik naik kete jer.. Hubby plak 1st time naik flight mmg dengan Fza..Masa tu kitorang pegi honeymoon kt Bandung... Betul2 tepati janji suamiku ni.. :) okey la dah pukul 5 so Fza nak siap2 nak balik umah..Hari jumaat kalo lewat seminit pun jem x ingat..

Selamat bercuti semua !!!  

1 comment:

ZE said...

Hi fiza...

Bestkan jalan2 Melaka..
Cuti2 msia ye...
Even sy kat Melaka...tak semua tempat sy pegi...
Tak menyempat...hehehe..