Daisypath Anniversary tickers

* FOLLOWERS *

26 December 2012

Sesi Mendobi Pakaian Our Sweetheart ~ 32 weeks

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sume...


Hii uolss... straight to the point.. Just nak share pasal sesi mendobi pakaian si kecil yang bakal lahir tidak lama lagi..In Sya Allah tolong doakan semoga proses kelahiran our first baby dipermudahkan yer..

Sesi mendobi ni Fza buat masa 32 weeks hari tuh.. Tu pun setelah nurse bising2.. Actually by 28 weeks dh kena prepare siap2 beg barang baby & mom untuk ke hospital nti bile dah sampai masa nak bersalin.. Tapi masa tuh Fza rasa mcm awal lgi.. Tu mcm buat rileks dulu.Then nurse ceramah kt Fza kata kena prepare awal.sebab anything can happen..kita pun xtaw kan macamane.. Lagi satu sejak Fza kerap ke hospital check itu ini tu yg mmbuatkan Fza tekad nak dobi pakaian baby.. :) 

Untuk pengetahuan kawan2, Fza ni malas + tak berapa sihat sejak dua menjak nih... kena batuk dan selsema..So Fza basuh baju baby ni guna mesin saja.. Guna function wool.. Sebabnya mesin Fza ni kurang canggih la kot sebab xde function delicate mcam ada sesetengah kawan blogger suggest suh guna function delicate tuh..Then yang penting kna basuh guna detergent khas untuk pakaian baby... Fza guna sabun A-B-D Pureen.. Wangi bau baby... hehehe... ok itu saja.. thanks uollss sudi baca..  


Sila abaikan semak kt belakang tuh..hehe


P.S : Fza minta jasa baik kawan2 mendoakan Fza dan baby. Skrg tengah pujuk baby untuk pusing kepala ke bawah sebab kedudukan baby skrg breech.. Hati ni sgt risau ok..Tapi doc kata masih ada masa untuk baby pusing.. 36 weeks nti ada checkup utk tgk kedudukan baby..if xpusing doc nak buat ECV.. Harap2 baby dah pusing time tuh.. Tolong doakan eh..Kalo boleh Fza nak bersalin normal tapi kalo dah ditakdirkan bersalin operate Fza redha dan pasrah dgn ketentuan Allah.. TIA.. :)

17 December 2012

Ostematrix Membantu Ibu Hamil Yang Kurang/Tidak Minum Susu


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,


Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.



Lebih daripada Sekadar Kalsium

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga membantu untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Mungkin ada dikalangan kita sukar untuk minum susu, bagi menampung keperluan kalsium harian anda bolehlah mengambil Ostematrix (Kalsium Magnesium) sebagai makanan tambahan.


  Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Di antara kebaikan ostematrix adalah :

• Membantu mengurangkan risiko Osteoporosis.

• Membekalkan satu matriks zat-zat penting yang unik serta melebihi kalsium untuk membina, pembentukan dan melihara tulang dan gigi yang kuat.

• Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

• Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

• Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, rentensi air, mudah meradang dan kemurangan.

• Mudah diserap dalam badan serta-merta.

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam Ostematrix membekalkan:

• 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

• 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

• 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

"Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan"



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Kredit to Shaklee



Jika anda berminat untuk mencuba supplement Shaklee boleh hubungi saya di:

Facebook : Fiza Zainol
Shaklee ID : 907011
No .Telefon :  017-4045096 (call / sms / whatsapp)
Email : fizar_04@yahoo.co.uk


 








14 December 2012

Percutian di Melaka a.k.a Babymoon

Assalamualaikum sume... 


Ni entry yang dah basi.. Dah lama peram kt draft.. hehe.. Fiza nak kongsi sikit pengalaman Fiza masa pegi Melaka pada cuti Awal Muharram & Deepavali yang lepas. Plan asal Fiza nak sangat ajak hubby pegi Cameroon Highlands. Niat dihati nak pegi petik strawberry sambil tu bersiar2 kat Ladang Teh...hehe.. Tapi hubby tak nak sebab sekarang kan musim hujan..so kitorang ubah plan la pegi Melaka.. Actually Melaka ni pun best jugak..Banyak tempat bersejarah & menarik yang kita boleh lawat.


Kitorang bertolak 14hb Nov lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tuh.. Saje la Fza kasi chance kt hubby nk bangun lambat skit..sebab before tu hubby keje kan. Tempat pertama yang kitorng pegi adalah Restoran Asam Pedas Hajjah Mona.Restoran ni kat Kota Laksamana. Fza just tnya officemate kt mana ada restoran asam pedas yang sedap.then dia cakap kt Kota Laksamana ni..Fza try google then ramai yg review kata Restoran Asam Pedas Hajjah Mona ni sedap... So kitorang try la.. Memang sedap la.. Habis kitorang pulun makan..Tambahan plak tengah lapar masa tuh..hehee..




Tempat seterusnya kitorang pegi Muzium Samudera (yang kapal besar tuh), Menara Taming Sari (Syok ooo naik Menara Taming Sari ni. Hubby siap sewa teropong lagi), Kota A Famosa (penat gile panjat tangga sampai ke atas..ku gagahi jugak membawa perut..hehe), Coconut Shake Pantai Klebang (yummy, sgt sedap..maklumlah dah lama Fza xminum air kelapa ni..dpat shake pn jadila), malam tu pulak kitorang naik Cruise River (cantik lampu2..paling Fza suka Kg Morten, bersih jer kg tu..Hubby cakap bil elektrik Kg tu ditanggung oleh kerajaan negeri sebab diorang diarahkan untuk pasang lampu kt umah sepanjang malam), lepas tuh Fza ajak hubby pegi makan kat Umbai..Selalu dengar kawan2 kata makan ikan or seafood kt sana best so ape salahnya kitorang cuba dah alang2 kat sana kan.. Fza xingt plak nama kedai yang kitorang pegi makan tuh..Kedai tu kat tingkat atas dan berdepan dengan pintu masuk utama...Habis makan kitorang balik tido kt Hotel. Sok pagi check out terus balik KL.. Simple kan percutian Fza & hubby :)... Fza tempek kt bawah ni beberapa keping gambar yg kitorang ambil xde la bnyak sangat sebab kitorang xbanyak ambil gmbar pun..Lebih banyak menghayati pemandangan dan keadaan persekitaran.. Haha Poyo je kan...



My lovely husband



Baby bump, Masa ni kandungan baru nak masuk 7 bln

Ok la kan dapat bercuti kat Melaka..Tengok tmpat org..Padahal dah penah pegi masa rombongan sekolah dulu2..Xpe tu lain..yg ni special skit sebab pergi dengan hubby.. Next year, In Syaa Allah nak plan bawa our sweetheart pergi melancong.. Ke mana tuh kena tengok tiket flight la yang mana murah..

Yang ada dalam list :

1. Krabi (teringin sangat nk pegi dari dulu sebab pemandangan kt sana Subhanallah cantik sangat)
2. Phuket (Phuket pn cantik tapi macam risau plak ble pikir Tsunami.. hehe )
3. Semporna, Sabah ( kalo pegi sini boleh ajak hubby pegi umah mak angkat..smbil tuh boleh pegi Pulau Mabul or Sipadan... Coral kat sana sangat cantik ok.. Dulu dah penah pegi masa study kt uitm..Kali ni nak pegi dengan hubby & sweetheart..)
4. KK, Sabah (ni pn teringin jgk nak pegi walaupun dah penah pegi dulu)
5. Ho Chin Minh, Vietnam .. Nak shopping.. :)

Hubby selalu cakap, "syg tu sume tmpat dah penah pegi..Dulu jnji dengan B nak naik flight 1st time sesama ngan B"...hehe Sori B masa tu uitm bawa pegi free..so pe lagi pegi je la... Masa pegi program anak angkat tu la 1st time Fza naik flight..Lepas tu bile dah keje swasta selalu jgk balik Alor Star naik flight.Masa tu berlagak xnak naik bus..haha haa skrang ni padan muka balik naik kete jer.. Hubby plak 1st time naik flight mmg dengan Fza..Masa tu kitorang pegi honeymoon kt Bandung... Betul2 tepati janji suamiku ni.. :) okey la dah pukul 5 so Fza nak siap2 nak balik umah..Hari jumaat kalo lewat seminit pun jem x ingat..

Selamat bercuti semua !!!  

13 December 2012

Baby Kurang Gerak... Bad Review Hospital

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua readers...

Amacam uolls hari ni?? Hari ni Fza dah start keje.. Masih kurang semangat lagi laa...Pe pun terpaksa la pegi jugak.. Minggu ni Fza kna travel Shah Alam - Putrajaya sampai Jumaat ni... Semua ni gara-gara TOT Sistem TAWP la.. Agak stress sebenarnya..Mana tak nya Fza kena drive sendiri ke KDN..Pahtu Parking kt KDN tu dah la macam pe lagi... Jauh..Dah tu nak kena usung beg laptop yang berat tu ke sana... Fuhh mmg menguji ketahanan..hehe... Bayangkan nak bawa perot + beg laptop + handbag.. Memang sementara nk sampai ke kete banyak la tmpat persinggahan Fza..hehe.. Ok la berbalik pada tajuk post kali nih... Kali ni Fza nak share dengan smua pasal baby kurang gerak...Sorry sebab post ni agak pnjang.. Happy reading!!! hehe..

Hari Isnin lpas baby Fza kurang gerak.. Biasa baby akan start gerak pkul 7 ke 7.30 macam tu..Tapi pada hri tu xde plak baby gerak seawal tuh..Kebiasaannya baby sngat aktif..So masa tu Fza just think positif je.. Fza pikir maybe baby tido lagi.. Then tunggu la pkul 9 sebab nak start kira gerakan baby.Actually Fza dh strt kira gerakan baby last week..tu pun dah lewat..Sepatutnya minggu ke 28 dah start kira..Tpi masa tuh nurse yang biasa checkup Fza bercuti so dia xsmpat nak cerita mcamana cara nak kira gerakan baby. Then dekat pkul 10 cmtu ada la satu gerakan yg slow... Sampai pkul 12 baru ada 2 gerakan slow..Fza dah start rasa lain macam.. Kemudian sampai kol 2 masih tiada gerakan seterusnya..Masa tu Fza dah start risau..Lpas Solat Fza pun baca la Surah Yasin.. Dengan harapan baby akan gerak..Fza goncang skit perut tpi still xde pape.. Masa tu mmg Fza dh xblh buat keje la..Sebab rsau ya amat.. Dok lpas tu ada la skit gerakan yg slow..Tapi still xcukup 10 kali gerakan.Nurse ada pesan if xckup 10 kali gerakan sampai kol6 terus ke hospital.. Dalam kol 4.40ptg macam tuh Fza trus drive balik umah dan solat..After solat Fza kol mak bg taw kte baby krang gerak ni mcamana.. Mak suh Fza pegi klinik dlu check macamana.. Pahtu Fza pn siap2 nak ke klinik... Masa tu jgak la Fza rasa nak buang air besar... Perasaan takut tiba2 datang..Mana tak nya Fza ada masalah sembelit masa pregnant ni.. Meleleh jgk la airmata masa tuh..Pedih ya amat.. Tersandar jgak kot smntra nak boleh pegi klnik.. heeee... Dah sampai klinik bgi taw Dr. Ashikin yg baby kurang gerak.. Then Dr. Ashikin  kte kalo baby krg gerak Pn kena pegi hospital jugak sb kat klnik ni xde peralatan utk bt CTG... Ha CTG?? Apakah itu?? Kemudian Dr. Ashikin pn terangkan la..CTG ni mesin yg nak pantau jantung baby...

Mesin CTG

Keadaan Fza lebih kurang mcam ni la masa kena hari tu..


Dr. Ashikin kata try buat scan dlu mcamana.. Alhamdulillah masa scan tu jantung baby still berdegup sperti biasa..Cuma xnmpak baby bgerak pun.. So Dr. Ashikin kta Pn kena pegi hospital jugak..Bkan pe takut apa2 masalah timbul nti.. Kalo guna scan saje result xvalid katanya... Kena jgak bt CTG tu untuk pantau keadaan jantung baby setengah jam Hospital Serdang..Tanpa berlengah Fza pn kol hubby bg taw doc suh pegi hosptial..Then hubby kata tunggu dia sb dia nk balik.. Sian hubby tengah keje kena mntak cuti plak..

Hubby sampai je ktrg trus gerak ke Hospital Serdang..Sampai sana lebih kurang pukul 7.45 pm macam tu... Pegi kaunter pendaftaran tunjuk surat refer dari Dr. Ashikin . Then nurse kat kaunter pn mtk buku merah & ic Fza.Kemudian Fza kna isi satu borang ..borang tu mcam mtak kita sign utk mngaku yg kta sanggup menunggu wad kosong utk bersalin dari 24 jam ke 48 jam kalo xsalah..kurang ingt... Masa tu Fza dah blur..Fza cakap kt nurse, "Nurse, saya bukan nak bersalin lagi.Kena isi jugak ke? " Then nurse pun cakap Pn kena isi if incase nak bersalin or kena bersalin.. Pahtu nurse tu tnya lagi, "Pn ada bawa kain batik ?? Beg?? " Fza trus jawab spontan, "Saya dtg sehelai sepnggang nurse, xbawa apa2 pun" Then nurse tu kte "xpe lain kali dtg hospital bawa eh..siap sedia sume dah..Ok Pn duduk dulu nanti nurse akan panggil nama Pn.." Fza pn angguk je laa pht terus g duduk.. Msa tu kesian plak tgk muka hubby..Hubby nampak letih.. Keje malam kan.Tambah plak hubby xmakan lagi..just mkn meggi je b4 g keje.. Sian hubby.. Fza xmasak pun malam tuh sebabnya ktrg balik keratong sampai pun dah lewat sb jem gilee kt kuala pilah tuh..

Pukul 8.30 pm macam tuh baru la nama Fza dipanggil... Fza pn masuk la..Tiba2 nurse mcam singa je cakap, Nurse : Awak dtg dengan sape? (nada menyombong skit)

Fza : Suami

Nurse: Bagi beg kat suami. (nada menyombong skit)

Fza: ok..Jap eh nurse..Saya cari suami kt luar.



Dah bagi beg kt hubby Fza masuk balik bilik tu.. Phtu nurse pun mula la tnya macam2 soalan... Tanya macam nak marah... Sakit hati jugak la nk menjawabnya.. Sabar je la masa tuh.. Then nurse suh pegi kencing dan lpas tuh pegi duduk kt mana2 katil yg kosong.. Punya la lama tunggu kt katil tuh.. lebih kurang pkul 9lbih ada la 2org Dr. muda dtang kt Fza..Fza dah dpat budget yg drg ni Dr. pelatih..sebab drg bawa buku bagai. Drg tnya macam2 soalan yg sampai 14thun lpas pnya cerita pn tnya.. Letih nak mnjawab... Kemudian salah soang Dr. pelatih tu mtk izin nak check perut..Masa tu fza ingt mmg dia nk check betol la..Rupanya dia nak buat ujian pe tah..masa dia check tu ada la Dr. senior yang tengok & doc pelatih ni kena present...tiba2 ada la dalam 6 7org Dr. pelatih yang datang tengok.. Mak aiihhh ramainyaa... Lpas tu soang2 mintak nk check perut.. Ada yang tekan2 ikut dan dia jer, ada yang ukur ketinggian perut, ada yang just picit2..Adoiiii macam bahan experiment dh nii..Masa ni jiwa meronta.. "Mana Dr. sebenarnya ni..Aku dtg ni ada sebab kot bkan nak jdi bahan experiment korang".. lpas tu ada satu tendangan slow dri baby.. Rasa lega skit..Kemudian datang Dr. yg baru posting sebulan kt situ, dia dtg tny soalan dgan nada yg kerek..Menyampah plak rasa..

Dr. kerek : Pn start kira gerakan baby bila yer??

Fza: Minggu lpas Dr..

Dr. kerek : Pn taw x sepatutnya minggu ke 32 baru Pn boleh start kira.. skrg Pn baru minggu 31.

Fza: Mana saya taw Dr..Nurse tmpat saya checkup yang suh saya kira.Nurse tu ckap sepatutnya mnggu 28 strt kira dh..kira saya ni lambat dah la..

Pahtu Dr. kerek tu gelak2..Siap perli ngn Dr. pelatih yg lain...Macam babun..Aduii sakit hati ya amat masa tuh...Kemudian dia suh Fza pindah ke katil seblah utk scan.. Tapi kna tunggu MO datang sebab dia xreti guna mesin scan tuh.. Eh2 ko Dr. xkan xreti guna kot..Simpan jela sijil Dr. ko tuh..huhhhh...Lebih kurang pukul 10 mcm tuh MO pn datang la..Dia buat scan.. Masa tuh jantung baby still ok.. MO tu check sume ok.. Tiba2 baby tendang tapi Fza xdpt rasa pn... Cuma nmpak gerakan dia kt screen scan tuh.. Then MO tu suh nurse prepare CTG utk Fza..Dr. kte if graph CTG awak xcantik awak kena admit. Tapi buat masa ni xde wad yg kosong.. Lega Fza dngar.xnak la admit..huhu.... Masa nak pasang CTG tuh blah plak nurse tu pasang silap.. Pasang dekat ngan pinggang.. Memang xde la heartbeat baby... Kemudian dtg nurse lain plak dia pakaikan Fza oksigen. Masa tuh dia bcakap ngn nurse yg lain kte graph trun.. Nurse tu suh Fza mengiring ke kanan..xlama pastu dtg plak nurse lain.. " Pn kena dok terlentang xblh mengiring" Fza mengomel dlm hati, Laa plak dah..tadi nurse lain ckp kena mengiring..Sabar je la drg nih.. lebih kurang pkul 10.30 mcm tuh siap la CTG tuh..Pahtu nurse ckap nti apa2 doc bgi taw eh..Fza pn dk baring je la phtu, tiba2 dtg soang nurse ni ,"eh Pn bole tunggu kt luar, nanti kte panggil semula" Adoiii mnyakitkan hti lagi..tadi nape korang xckp blh tunggu luar.. Kepala otak dok pkir hubby je ni.. Ok ke x dia?huhu..

Tunggu punya tunggu sampai la kol12.30 am..Xde jgak nama dipanggil..Mak aii lamanyaa..xkan nak buat laporan pn lama sungguh.. Fza pegi tny kat kaunter.

Fza: Nurse mana buku merah saya,tadi Dr. ckap kalo CTG ok blh balik..

Nurse: Pn kena tunggu Dr. buat laporan dlu.

Fza: Takkan la nk buat laporan sampai 2jam kot nurse. (slamber je Fza tnya gitu..hehe)

Nurse: Dr. ada operation.kna tunggu hbis dlu bru Dr. blh sign....

 
Waduh2 brapa lama nk kna tunggu lagi.. Kemudian Fza dah xtahan + sian tgok hubby..Mata dah merah..Dengan xmakan dri siang..just mkn meggi je ptg tuh.. Fza ajak hubby blah..Pegi makan dan balik..Buku merah tu bila2 boleh amik...Pahtu ktrg pn blah la.Pegi mkan kt mana2 tah..Masa tuh hndset dh xde bateri..dah xbleh nk on gps... Masa tu Fza smpat charge nset dlm kete. Lpas dh mkn knyang tuh ktrg pn otw la nk pegi smla hosptal tu..dengan harapan dh siap la result tuh..then ada call dari stu no xdikenali..Masa ni dah bdget mesti hosptal kot.. Yup btol... nurse marah2 Fza nape fza balik..Fza dngan slamber jawab.. "Dah lama sgt tunggunya.Saya & husband xmakan dri siang..mana tahan..Saya pegi la mkan dlu..."smbil membebel2 dia suh fza dtg amik buku..

 
Sampai kt hosp Fza trus pegi kaunter tny mana buku merah saya..kmudian nurse suh masuk dlm..Kna bebel lagi.. Pahtu nurse pesan suh call klinik O&G masa office hour..suh bt appoinment lagi 2minggu..OHH TIDAK... xnak dah laa berurusan dengan hospital nih... Dah kena bebel bgai ktrg trus balik Shah Alam..Lbih krang pukul 2.30 am ktrg smpai kt umh.. Alhamdulillah baby ok,syukur sangat..baby dah start aktif mcm biasa... Keesokkan harinya Fza xpegi keje.. Buat mc sendri.. Dah nak buat mcamana xde kudrat dah nk pegi keje.. Dr. plak xbgi mc..Nasib badan... huhu Panjang plak post ni..Sorry ye kawan2, Fza just nk share pngalaman Fza..Sepatutnya kes Fza ni emergency case..tapi dilengah2kan..In case ada problem mcamana? Nauzubillah.... Okey la penat dah karang nih..hehe Nak sambung buat sistem plak nih...
Chill!!!!







02 November 2012

Shaklee Independent Distributor :)

Assalamualaikum sume...
Amacam sihat ker? Dah lama tak update blog ni.. Kadang tu bz kadang tu malas... Hihi Aishhh asyik alasan yang sama je kan... Post kali ni Fiza nak kongsi ngan kengkawan di luar sana..  Fiza dah jadi Shaklee Independent Distributor... Alkisahnya kenapa Fiza jadi ahli shaklee, sebabnya masa checkup 5bln hari tu Fiza ada masalah hb rendah.. Tiap2 bulan hb makin trun... Sampai tinggal 10.1 jer..Apalagi nurse pun bising la.. So Fiza pun try la google cara nak naikkan hb.. Kebanyakkan cakap makan sayur bayam, hati, tempe, ikan bilis dan macam2 lagi... yang tu pun Fiza dah cuba..Cuma bukan hari2 la.. hehe.. Kemudian ada terbaca kt google yang supplement shaklee jugak blh bantu naikkan hb..Tanpa segan silu Fiza pun tanya la pada kawan blogger Nana Farhana..Rasanya ramai yg kenal Nana nih.. Then Nana suggest suh Fiza amik Vita-Lea & Ostematrix Shaklee untuk naikkan hb... Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t hb Fiza naik... Fiza nak cite sikit di antara kelebihan2 Vita-Lea ni.. Vita-Lea ni dia macam obimin jugak..Multivitamin cuma bezanya Vita-Lea ni multivitamin semulajadi... 

Vita-Lea - multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi yang bagus untuk elakkan anemia.


Ostematrix - gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bagus utk sistem saraf, pembentukan tulang bayi serta menghindari simpul biawak (cramp). Kalsium yang mencukupi juga membantu proses meneran semasa kelahiran.Ostematrix ni dia kalsium... Tapi untuk kesan yang lebih bagus kena consume sekali ngan Energizing Soy Protein (ESP)...ESP ni banyak khasiatnya..
ESP -protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik utk perkembangan janin (sel terbentuk drp protein) selain untuk tenaga berterusan. Bagus untuk ibu mengandung, menyusu dan berpantang. ESP boleh bantu banyakkan susu ibu... Tapi pe pun doa tu penting.. :)

Info Vita-Lea


                                                                   Info Ostematrix (Kalsium)

                                                            Info Energizing Soy Protein (ESP)


Selain ni ada lagi produk2 Shaklee yang lain. Diantara yang famous sekarang ni Vitamin C(untuk menguatkan sistem imun badan) & ESP la... If ada sesiapa yang nak try Shaklee ni boleh la pm Fiza kat Fb Fiza.. Nanti Fiza boleh tolong setakat mampu.. If nak pergi beli sndri pn boleh tapi kena guna ID Distributor la... Boleh je if korang nak guna ID Fiza...Tapi plz bgi taw dulu.. :)

ID Shaklee Fiza 907011
Fb : Fiza Zainol

23 September 2012

Nak letgo bekas hntaran & shawl/veil

Assalamualaikum sume...
just a simple post..fiza nak letgo 2brang iaitu bekas hantaran & shawl/veil...untuk bekas hantaran tu fiza ada 12 bekas.. so terpulang pada individu nak amik skali hiasan atau pun x.harga bekas hntran tu rm15/each.. item yg kedua shawl/veil..yg ni fiza beli kt maya semua house tu..masa beli hrga dia rm140.. so fiza nak letgo rm60..color off white + grey skit..fiza xpenah pakai lagi shawl/veil ni sebab matching ngn baju fiza..kat bawah ni ada gmbar item yg nk di let go tu..



Cara pnghantaran uoll blh plih smda nk pos or by hand..klo post kn tmbah la skit utk chrge pos.. if nk by hand blh area kl or shah alam yg bdekatan.. kalau ada yg bminat blh pm fiza kt fb yer..fb fiza ada kt seblah tu..xpn blh add Fiza Zainol.. okkk anything plz pm me.. okk bubyee..

06 September 2012

Anugerah Allah


Assalamualaikum semua... Amacam sihat ke? Dah lama Fiza tak jenguk2 blog ni.. Last post pun bulan 3 yang lepas. Dah nak masuk 6 bulan blog ni terbiar.. Kalo umah mesti dah bersawang penuhkan... Fiza bukannya apa, lately ni busy skit dengan hal2 keduniaan yang lain.. Nak senang cite malas la...hehehe..

Tetiba hari ni Fiza ter'rajin' plak nak jenguk blog ni.. Sebelum ni ada jugak terlintas di hati nak delete jer blog ni. Tapi bila dipikirkan macam sayang la plak nak delete.. Sebab blog ni la tempat Fiza nak tulis apa2 pun.. Saje untuk syok sendiri. Walaupun pembacanya belum tentu ada...hehe Yang penting penulisnya ada jika umur masih panjang...

Hari ini Fiza nak share pasal pregnancy. Sebenarnya berat hati jugak nak post pasal ni. Tapi disebabkan permintaan beberapa kawan untuk tahu macamana experience Fiza masa 1st time tahu pregnant so Fiza kongsi la experience Fiza ni. Tapi niat dihati nak share bukanlah nak menunjukkan2 atau heboh yg Fiza ni dah pregnant.. Fiza sangat2 bersyukur dengan rezeki dari Allah s.w.t ni.Apa salahnya Fiza kongsi kegembiraan ni dengan kawan2 yang lain..

Bulan 6 lepas Fiza ada attend kursus di JB.. Masa tuh Fiza masih tak tau yang Fiza pregnant. So dengan selamber Fiza angkat beg berat ke tingkat 2.. Main hentam je makan apa yang ada..Nasib baik la masa tu tak ade apa2 jadi.. Alhamdulillah syukur sangat ya Allah.. Then, masa kursus tu Fiza dah start tak sedap badan.. Rasa macam nak demam.. Kursus plak masa di terlalu ketat.Banyak aktiviti yang ada.. Last2 Fiza demam panas... Pening, loya sume ada masa tuh. Balik dari kursus baru Fiza sedar yang sebenarnya Fiza dah lepas due period yang sepatutnya datang 4hari lepas.. Then saje la Fiza ajak hubby pegi beli upt. Keesokan paginya Fiza bangun buat upt lepas solat subuh. Masa buat tu Fiza tengok macam 1 line jer.Then dengan hampa Fiza tinggal upt tu dan pegi sambung tido.. kol10 lbih macam tuh Fiza bangun semula dan tergerak hati nak tengok upt tu lagi. Bila tengok tu double line tapi samar2, rasa macam nak nangis kuat2... nak panggil hubby tapi hubby xde sebab OT hari tu.. Masa tu Fiza was2.. Betul ke pregnant ni?? Pahtu teringat ada penah terbaca kt blog orang yang if samar2 consider pregnant. Then seminggu lepas tu Fiza repeat buat upt. Double line jugak tapi lebih terang... Pahtu Fiza biar lagi sebab rasa mcam awal plak nak g jmpa doktor. Sampai la satu hari Fiza kena cirit birit.Fiza pegi KK dan masa tu la doktor sahkan yang Fiza pregnant..

First upt yang samar

Alhamdulillah, skrang Fiza dah 2nd trimester. Doakan yer semoga baby dalam perut ni sihat dan selamat sampai la bersalin nanti.. Due date Fiza next year. So banyak lagi masa yang Fiza perlu lalui... Banyak lagi benda yang Fiza tak taw & perlu study.. Fiza doakan jugak untuk kawan2 yang belum pregnant semoga kawan2 murah rezeki pregnant nti... Untuk sympthom2 pregnant nanti Fiza cite dalam post lain eh... Dah dekat kol5 so masa utk balik....... Okeh bubyeeee...


Comel tak baby ni?? Comelkan...

27 March 2012

Misi Apam Polkadot

Salam... Hi uolssss.....

Sekarang ni Fza tengah mengantuk..sedang menahan mata... So utk tahan supaya tak tertido, Fza nak share ngan korang resipi apam polkadot... Resipi ni maksu Fza bagi... Fza just ikut resipi dia..Ahamdulillah jadi...Sedap gitu..hehe.. opssss terpuji plak... Apam ni Fza buat ngan hubby..dah 3 kali Fza buat apam ni sepanjang mgu lpas...Bukan ape hubby semangat nak buat..hubby yang timbang bahan... Then kitorang buat dot same2... Sweet kan hubby.. :) Ok mari kte tengok...


Apam Polkadot

APAM POLKADOT
Bahan-bahan

• 3 biji telur - dari peti sejuk

• 275 gm tepung gandum

• 220 gm gula halus - kurangkan if xnak manis sgt

• 150gm susu segar (Fza guna susu kotak Low Fat)

• 3 sudu teh baking powder

• 1 sudu kecil ovallete

• Filling blueberry/coklat secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

• Pewarna



Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry/coklat filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.



Sedikit pesanan utk korang :

 
• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi. Tapi Fza guna multi cooker...xboleh nk adjust api... :)

• Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Okeh Selamat Mencuba!!! :)

22 March 2012

Apa pun tak bleh....

Salam... Hiiii uolss....
Dh lama Fza tak update blog nih..Sejak kawen ni Fza jarang nak 'berblog'....Just blogwalking jer..Baca post org then komen..Then baca lagi..haha..Nak post tapi kemalasan telah melanda..hehehe

Hari ini nape tah Fza rase sayu, bosan, blur dan macam2 lagi... Malas ya amat nk buat keje... "Tolonglah Fiza..Nti gaji ko xberkat... Huhu... Perut pulak rasa xsedap... Seminggu dua ni asyik ada problem ngn perut jer... Xsedap jer rasa...Takut jugak if ada something... Hopefully xde ape2 la... Badan plak berangin jer...Sebu... Malam jer mula la sebu satu badan.... Memang org baru kawen macam tuh eh?? Selera makan plak tinggi..Itu ini nak makan..Gemuk laa ko Fza....Huhu

Hmm ok la..Doakan i shat2 jer yer.. :)

19 February 2012

Alhamdulillah...Selamat menjadi isteri kepada Ali Badruddin B Muhamad Noor

Salam uolsss...

Dah lama tak update blog ni..Dah bersawang dah blog ni kan... Sekarang ni baru ada kesempatan nak update.. Maklumlah busy menguruskan rumah tangga yang baru jer terbina 2mgu lepas..hehe

Alhamdulillah...Sangat2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya di antara org yang beruntung kerana diketemukan jodoh dengan seorang suami yang sangat2 baik, beriman, penyayang dan romantik orangnya... Xperlu la nak list kesemuanya...Nti kembang plak si suami..hehe... Maaf yer hubby...

Tanggal 4 Februari 2012 jam 9:30++ xingat exact time, saya telah sah menjadi isteri kepada Ali Badruddin... Masa tu perasaan gembira,sedih, hiba dan macam2 la terasa... Akhirnya kawen jugak kitorang... :) Terima kasih banyak2 mak, abah, along, kak ain, mak teh, kak na, mak cik mi, maksu, tok su,naim, uzma, ira, mat rafiq dan sume laa yang bertungkus lumus buat preparation untuk majlis kawen saya... Jasa anda suma amat saya hargai dan saya doakan kalian sentiasa dirahmati Allah S.W.T.... Sayang sume sangat2..
Kepada kawan2, sahabat handal yang datang dari jauh mahu pun dekat saya juga hargai kalian... Saya jugak nak minta maaf di atas segala kekurangan sepanjang majlis berjalan. Maaf kepada sesiapa yang mungkin ada terasa hati kerana saya tak sempat nak melayan bersungguh-sungguh kerana saya hanya manusia biasa, saya perlu menjaga hati sume yang hadir. Harap tak ada yang simpan di dalam hati... Segala yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dari saya sendiri... 

Semoga saya menjadi isteri yang solehah, taat kepada suami dan bertanggungjawab...Di bawah ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan kawan2 yang tak dapat hadir majlis kawen saya.. Hanya ni je ada sebab masih ada pada photographer dan videographer... 


Majlis Resepi 5 Februari 2012 - Kedah

 with my hubby...love u so much dear...

wit bakal pengantin syida dan salsabillah...


wit my lovely friends tqah,yda, sha, hanis,lin, fifah, dayang, azie,my cuttiest flower girls adik asma, adik izzah & adik fadzillah






Sesi Outdoor sekitar sawah padi di Airport dan Taman Rimba 





wit my best friends ever Shah, Adah & Najwa...  Berebut my hb.. hehehe 


 Majlis Bertandang 11 Februari 2012 - Felda Keratong 5, Pahang.

 Pengapit terjun my lovely sister & her fiance...











Makan beradap..Mak,Abah, along & tunang.. Love uolls damn much...



orait itu saja.....okey la jumpa next entry nak review pasal kawen..tu pn kena tunggu pic dari op... 

C u yaaa..Bubyeee...

03 January 2012

Travel day.... ;)

Salam uols..... hai2... 

Mulakan pagi dengan snyuman walaupun terasa kelatnya.... ;) Hari ni seawal 5.25pagi aku bangun n mandi..Starts from last saturday, aku terpaksa menumpang di rumah kawan buat sementara waktu di shah alam... So, it means aku kena berulang alik dari shah alam ke kl dan kl ke shah alam everyday utk kerja.. Berat hati jugak nak tumpang org ni, nk pegi nyusahkan org,semak2 umh org... Tapi what should I do... huhu.... So aku kena bangun awl sebab my friends n her sis pun bgun awal sb drg pun travel tpi nek komuter...Macam opis aku ni susah public transport...so terpaksa la aku drive jgk... aku kuar umh tadi lebih kurang pkul 6.20...nk elak jem pny pasal tpksa la aku btolak awal..tu pn dh byk kereta cuma still bergerak... buat pertama klinya punch card aku awal la plk..hehehe... pgi2 tadi rse cerah je bji mata ni..tpi ni dah mula mengantuk...Kejap lagi ada meeting plak kt maktab pdrm cheras..huhu... Tu la bak kata En Tunang, "Sabar lah sayang eh, dugaan.." Bak kata My friends plak " Time susah ni la kawan nak tolong" Betol ckp dia tapi bukan sume kawan boleh tlg kita... Ada kawan yg ada masa kita gembira sja..n ada kawan yg ada masa gembira & sedih" ..Pe pun aku ikut cakap mak, "Dugaan..so kena sabar, Allah menduga kita dengan apa yg kita mampu"... Ok lah nak gerak ke maktab dulu... Balik nti xtaw la mcamana... Harap2 xjem teruk n selamat smp di umh... 
Chill... :)